MARANG – Seramai 200 orang kaum Tionghua dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat dekat sini diraikan sempena sambutan Tahun Baru Cina dengan jamuan makan nasi putih dan gulai kambing.


Ia dinyatakan dengan jelas, kata beliau, dalam surah al-Hujarat ayat 13, dimana penciptaan manusia pelbagai puak dan bangsa itu adalah bertujuan supaya seluruh manusia berhubungan antara satu sama lain.
“program ini sebagai meraikan kaum Tionghua (sempena Tahun Baru Cina) dan dengan program ini juga sebagai (adalah) satu pendekatan usaha PAS merapatkan hubungan,
“(ia jelas) menunjukkan PAS ini, suka kepada keharmonian dan kemakmuran, bukan sebagaimana yang ditohmah (oleh Umno dan Barisan Nasional) sebelum ini,”ujarnya.


Beliau menegaskan, PAS menghargai sumbangan kaum Tionghua dalam memajukan Negara dan negeri, khususnya dalam DUN Alor Limbat.
Oleh sebab itu, kata beliau, PAS telah menubuhkan ‘satu sayap’ khusus bagi bukan Islam Islam menganggotai PAS dibawah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Majlis keraian tersebut turut dimeriahkan dengan tarian singa dari sebuah kumpulan kebudayaan yang dijemput khas.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Marang Mohd Nasir Ismail, Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu Jefri Chua dan Pengerusi DAP Kuala Terengganu Ng Chai Hing.




























