Bergerak Untuk Kemenangan (Al-Falah)

1092


Program berbentuk simulasi pilihan raya itu akan melibatkan seramai 150 orang petugas dari setiap Cawangan dalam DUN ini.
(Gambar – Timbalan Pesuruhjaya PAS Trengganu, Ustaz Satiful Bahari Mamat bergambar bersama ‘para rider’ di Karnival Orang Muda, DUN Paka)

Menurut Setiausaha MTD Seberang Takir, Pauzai Husain, program ini akan bermula dengan pendaftaran petugas pada jam 6.30 petang berpusat di Masjid Kg Batin.

“Kita akan memberikan taklimat tugas secara menyeluruh bagi program ini yang melibatkan tempoh sepanjang dua hari tiga malam,” ujar Pauzai.

Katanya lagi, antara pengisian program tersebut ialah Kuliah Maghrib di empat buah masjid dan surau di dalam UPU ini bagi dua malam berturut-turut.

Sementara Ceramah Gempur pula akan diadakan pada malam pertama di tiga lokasi, iaitu Kg Batin, Taman Permint Perdana dan Hulu Takir.

Pada pagi Jumaat, muslimat akan menjalankan aktiviti ziarah rumah ke rumah, sementara muslimin akan mengadakan gotong royong di tiga lokasi utama; iaitu Kg Batin akan membersih tanah perkuburan, Taman Permint Perdana akan membersih kawasan surau dan sekitar taman, sementara Hulu Takir akan menyiapkan pembinaan rumah.

Pada sebelah petang, pimpinan akan turun menziarahi golongan miskin, orang sakit, warga emas, OKU dan armalah.

Pemuda pula akan mengadakan barbique dan tayangan (wayang pacak) di kawasan Taman Permint Perdana.

Pada hari terakhir (Sabtu) pula,bermula jam 7.30 pagi, pimpinan akan turun ke tiga kedai kopi dalam kawasan ini. Muslimat pula akan mengadakan Ceramah Kesihatan dan rawatan perubatan asy-syifa’ di Surau Taman Permint Perdana.

Program berakhir pada Sabtu (malam Ahad) dengan mesyuarat penyelarasan dan penyerahan laporan – Ibnugharib.Blogspot.Com

Sukaneka Keluarga UPU Gong Pasir


Taman Rakyat Jaya, DUNGUN – Alhamdulillah ,Sukaneka PAS UPU Gong Pasir telah berjaya diadakan di Padang Permainan taman Rakyat Jaya.

Ustaz Azman Shapawi Abd Rani selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat,turut hadir bagi meraikan masyarakat setempat .

Ustaz Azman Shapawi berkata, “beliau bangga kerana sambutan amat memberangsangkan daripada penduduk sekitar UPU Gong Pasir dan mengharapkan agar PAS dapat mendekati masyarakat melalui program yang seumpama ini”.


Beliau yang juga Penasihat PAS MTD Rantau Abang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang sukaneka yang terbahagi kepada tiga kategori.

Acara muslimin yang dijalankan adalah tendang bola gol kecil, lempar bola takraw ke dalam jaring dan hoki gol kecil.

Manakala acara muslimat adalah bowling kelapa, pancing botol dan tiup belon.

Acara kanak-kanak pula adalah bawa bola ping pong dalam sudu,lempar bola takraw dalam jaring dan tiup belon.

Manakala itu pula Pengarah MTD Rantau Abang Tuan Haji Alias Harun mengucapkan terimakasih kepada penduduk sekitar Taman Rakyat dan Gong Pasir yang turut hadir memeriahkan sukaneka tersebut.

Beliau mengharapkan agar PAS berjaya untuk menarik sokongan dengan usaha yang seumpama ini dimasa akan datang, ini kerana PAS adalah sebuah Parti yang mempejuangkan Islam dengan dakwah bukan semata-mata politik,tambahnya.

Sempena Ops Al-Falah ini juga Tuan Haji Alias Harun mengharapkan agar semua ahli di UPU memberi komitmen bagi menjayakan Kempen Berstrategik Daftar Pemilih bagi memantapkan jentera parti dalam PRU ke 13 yang akan datang.


YDP Besut Melawat Mangsa Kebakaran

Jertih, BESUT – YDP Pas Kawasan Besut Ustaz Wan Azhar di iringi Ketua Pemuda Besut Ustaz Zulkifli Kadir telah menziarahi mangsa kebakaran di Kg Gong Bayor, turut serta AJK Pemuda Besut Saudara Wan Anuar.

Beliau bergegas ke tempat kejadian setelah mendapat maklumat dari Ustaz Zulkifli.

Selain bertanya khabar dan meluahkan rasa simpati sedikit sumbangan awal di berikan kepada mangsa.

Di fahamkan kebakaran yang bermula jam 9.00 mlm itu akibat dari litar pintas.

Mangsa dan keluarga yang tingggal sehelai sepinggang kini menumpang di rumah saudara mara.

Satu lagi lawatan susulan oleh Pas Kawasan Besut akan di adakan pada pagi esok bagi mengenal pasti segala kerugian dan Pas Kawasan Besut akan berusaha sedaya upaya membantu sekadar yang termampu.

Timbalan Pesuruhjaya Rasmi Mesyuarat Agung Cawangan Seluruh DUN

Kampung Raja, BESUT Program pelancaran Mesyuarat Agung seluruh cawangan didalam kawasan DUN Kota Putera telah dilancarkan oleh Yg Bhg Ustaz Dato’ Hj Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu di Masjid Darul Iman, Kampung Lahar Besut Terengganu.

Majlis tersebut dihadiri oleh seluruh kepimpinan disemua peringkat seluruh cawangan-cawangan di dalam kawasan DUN Kota Putera.

Turut hadir bersama didalam majlis itu iaitu Ustaz Hj. Adam Bin Hj Said yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kota Putera merangkap Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Besut dan wakil dari PAS Kawasan Besut

Presiden Rasmi Pemikat

Ladang, KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu dengan jayanya berjaya menganjurkan himpunan Pemuda Kuala Terengganu (PEMIKAT 2010) yang berlangsung di Dewan Markas Tarbiah PAS, Kuala Terengganu. Majlis ini dirasikan oleh YB Dato Seri Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Dalam Majlis Perasmian itu Tuk Guru telah mengingatkan pemuda tentang kisah terkenal dalam surah Kahfi.

Beliau juga mengharapkan pemuda akan lebih bersemangat untuk mengembalikan

dan juga menyelamatkan negeri Terengganu dari BN.

Ianya penting demi menyelamatkan khazanah negeri ini dan lagi penting menyelamatkan muda-mudi negeri ini dari terus dihanyutkan oleh BN.

Lagi Gerakan Menuju Al-Falah;

Karnival Orang Muda DUN Paka Meriah
Meriahnya Daurah Santai DUN Chukai

Kerja AMAL Pemuda Besut
Perasmian Surau Al-Ikhlas Kg. Nibung, H.Trg