KUALA TERENGGANU – Pelaburan kerajaan negeri menggunakan dana kerajaan ratusan juta ringgit masih belum membawa pulangan atau hasil yang dapat dibuktikan.


Antaranya adalah pembelian stesen radio Manis FM, Pusat Pelancongan Strawberry Park di Kijal, Projek Jelapang Padi di Setiu dan Pembinaan Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) berharga RM35 juta di Kuala Nerus.
Manis FM yang dibeli dengan harga kira-kira RM9 juta pada tahun 2011 daripada Husa Network Sdn Bhd, sebelum ini beroperasi di Lorong Manis, Jalan Sultan Yahya Petra, Kelantan.


Sebelum Manis FM kerajaan sudah ada stesen radio RTM Pantai Timur Terengganu, kita sudah ada Hot FM T’Ganu dan Terengganu FM (TFM) yang disiarkan setiap hari di seluruh pelosok negeri. Apakah rasional pembelian stesen radio oleh kerajaan negeri?
Strawberry Park di Kijal [Gaambar atas] dibeli oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dengan harga RM27 melalui perjanjian jualbeli pada November 2009.


Pada Persidangan Yang Keempat Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu pada 9 hingga 12 Mei 2011 Ahmad Said dalam jawapannya sebaliknya berkata cadangan menjadikan Strawberry Park sebagai Institut Jantung negeri hanyalah masih di peringkat “perancangan”.
Sehingga sekarang Institut Jantung Negeri tidak dilaksanakan dan Strawberry Park tidak dibangunkan sebarang pembangunan.
Walaupun telah dinasihatkan, kawasan sawah padi Kampung Jelapang, Setiu, tidak sesuai untuk projek besar-besaran kerana masalah pengairan dan kesesuaian tanah, namun Menteri Besar Ahmad Said meneruskannya.


Setelah dibina tanpa tujuan Kompleks Usahawan Terengganu bernilai RM35 juta yang terletak di Kampung kubang Jela Manir disiapkan pada tahun tahun.
Walaupun pelbagai cadangan dibuat seperti mahu menempatkan hotel 3 bintang, pawagam mini, pusat bowling, mini lowyat-produk berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan industri kraf seperti batik dan songket, namun semuanya gagal.


Selain itu, ratusan juta ringgit lagi yang dilaburkan melalui perbelanjaan kerajaan negeri yang masih terbengkalai dan menjadi projek yang menimbulkan persoalan.
Antaranya adalah perbelanjaan lebih RM100 juta untuk pembesaran Zoo Bukit Takal di Kijal, Terengganu dan perbelanjaan lebih RM300 juta untuk projek-projek di Tasik Kenyir termasuk Pembinaan pulau Bebas Cukai, Pulau Rama-rama, Pulau Burung dan lain-lain.




























