MARANG – PAS menggesa pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melaksanakan pendaftaran pemlih secara automatic sekira badan pengendali pilihanraya itu mahu meneruskan hasratnya untuk memansuhkan Penolong Pendaftar Pemilih.
Menurut Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS negeri Terengganu YB Ariffin Deraman, SPR telah mengeluarkan kenyataan bahawa Penolong Pendaftar telah diberhentikan.
“Pada tahun 2014 ni, SPR telah mengeluarkan kenyataan bahawa Penolong Pendaftaran (Pemilih) sementara, yang selama ini dibenarkan wakil wakil parti politik menyediakannya bagi membantu SPR untuk mendaftar pengundi pengundi baru telah diberhentikan,
“kenapa pada tahun ia diberhentikan walhal ia banyak membantu SPR untuk mendaftar pengundi. Apa alasannya ?,”ujarnya.
Beliau berkata, dengan tiadanya Penolong Pendaftar tersebut, akan menjadikan bakal-bakal baru gagal mendaftar kerana mereka terpaksa pergi ke pejabat SPR dan pejabat Pos.
http://www.youtube.com/watch?v=jMM0OcHt5iU&feature=share&list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q
Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata demikian ketika mengulas isu tersebut pada Rabu 22 Januari.
Katanya, walaupun SPR akan mengadakan pendaftaran secara bergerak, tempat static seperti di pasaraya dan di mana mana tempat orang berkumpul, tapi sebenarnya masih lagi bermasalah untuk mereka mendaftar khususnya di kawasan pedalaman.
“akan berlaku kesukaran bagi mendaftarkan bakal pemilih di kawasan pedalaman kerana walaupun SPR menyatakan mereka terpaksa pergi ke pejabat pos, SPR mungkin akan menyatakan bahawa mereka akan mengadakan pendaftaran secara bergerak,
“tempat statik, pasaraya di mana mana tempat orang berkumpul, tapi sebenarnya masih lagi bermasalah untuk mereka mendaftar khususnya di kawasan pedalaman,”jelasnya.
Beliau juga yakin, tenaga kerja yang ada pada SPR ini sangat tidak mencukupi untuk menampung pendaftaran bakal-bakal pemilih.
“Kalau di Terengganu sahaja ada 32 DUN dan ada localiti yang banyak, lebih daripada 300 localiti yang ada di Terengganu ini.
“Mana mungkin SPR boleh mengambil semuanya. Kalau buat secara bergerak sekalipun, saya yakin SPR tidak akan mampu mengadakan pendaftaran sebagaimana dilaksanakan Penolong Pandaftar,”tegasnya.
Oleh itu PAS mengharapkan penambahbaikan kepada penggunaan Penolong Pendaftar Pemilih tersebut, bukannya menamatkannya.
Beliau menyifatkan langkah SPR menamatkan khidmat Penolong Pendaftar Pemilih sebagai satu langkah ke belakang, dan menggesa pendaftaran pemilih baru dibuat secara ‘automatik’.
“(kalau) tidak perlu kepada Penolong Pendaftar Pemilih……… Siapa yang layak, sampai masanya, dia didaftarkan terus (secara automatik).
“Tapi ni SPR telah kembali ke belakang dan sepatutnya perkara ini tidak berlaku, saya mengharapkan SPR fikir kembali dan menambahkan jumlah Penolong Pendaftar dan tidak sepatutnya diberhentikan terus,”tambahnya.





























