DUNGUN – Rakyat Dungun menuntut kerajaan Umno dan Barisan Nasional melunaskan janji yang dibuat dan tidak membohongi rakyat dengan slogan ‘Janji Ditepati”.
kepada mereka Ahli Parlimen Dungun YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly menggesa kerajaan menunaikan segera janji untuk membina sebuah hospital baru bagi daerah tersebut dengan segera.
Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri Datuk A.Rahman Muktar dalam jawapan sidang Dewan Undangan Negeri pada 12 Disember 2012 memberitahu kerajaan telah meluluskan peruntukkan RM150 juta bagi tujuan pembangunan hospital itu.
Namun begitu, beliau berkata, sehingga kini rakyat Dungun masih ‘berputih mata’ kerana janji kerajaan Umno dan Barisan Nasional hanya tinggal janji sahaja.


“Apatah lagi Majlis Daerah Dungun telah dinaiktaraf kepada Majlis Pembandaran, ditambah lagi dengan Dungun ini berada paling hampir dengan kawasan industri petrokimia,
“bayangkan jika berlaku kemalangan seperti kejadian kebocoran gas yang pernah berlaku di kawasan itu yg menyebabkan mangsa gagal diberi rawatan berkesan,”ujarnya.
Beliau berkata kemudahan infrastruktur dan peralatan hospital sedia tidak lagi dapat menampung keperluan penduduk dan aktiviti industri yang semakin pesat.
Beliau memberi amaran kepada kerajaan persekutuan supaya bertindak segera dan melaksanakan apa yang telah diputuskan dan telah diluluskan.
“saya nak memberi amaran kepada kerajaan khususnya kerajaan persekutuan yang dipimpin ole Dato’ Seri Najib Razak supaya melaksanakan segera,
“sekiranya berlaku malapetaka yang lebih besar na’uzubiLlah………… loji penapis yang besar di Kerteh meletup,
“bolehkah kerajaan bertanggungjawab dengan keadaan hospital seperti yang ada masa ini,”tegasnya.





























