Terengganu, Malaysia

RasuluLlah Mentadbir Negara Hidayah Bukan Negara ‘Jibayah’

Dr Khairuddin Aman Razali2

KUALA TERENGGANU – Kemelut ekonomi dan sosial yang menggugat kebahagiaan hidup rakyat pada hari ini hanya dapat diselesaikan dengan dasar-dasar pemerintahan Islam.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata Islam membawa keadilan dan menolak kezaliman.

“kemelut kehidupan sedang dirasai oleh masyarakat Malaysia hari ini, kemelut ekonomi dan sosial yang menggugat kebahagiaan hidup rakyat hanya dapat diselesaikan dengan dasar-dasar pemerintahan Islam,

“yang adil yang menolak monopoli ekonomi, sistem percukaian yang zalim, ketirisan disebabkan oleh rasuah dan pemborosan perbelanjaan negara,”ujarnya.

Beliau berkata demukian dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena menyambut Maulid Rasulillah SAW, pada Selasa 14 Januari

Belaiu yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, aqidah Islam yang dibawa nabi Muhammad SAW menuntut umat Islam meletakkan Allah sebagai tempat pergantungan dan syurga sebagai impian.

Menurutya, adalah tidak wajar umat Islam yang menyambut kelahiran nabi kerana memperakui kehebatan Allah dan rasulNya, sebalikya mengambil sistem lain daripada Islam dan mempertuhankan ‘kebendaa’ serta hawa nafsu.

Beliau berkata sistem pemerintahan Rasulullah SAW adalah berasaskan konsep “Negara Hidayah” dan bukan Negara ‘Jibayah’ yang menelan rakyat dengan cukai.

Katanya, rakyat Malaysia ditekan dan ditindas dengan percukaian tinggi pada keperluan asas yang sebenar ‘merompak’ pendapatan yang diperolehi rakyat tanpa sedar.

“Apatah lagi di saat GST akan dikenakan nanti meliputi seluruh rakyat termasuk yang tidak berkemampuan.

“GST adalah bayaran yang perlu dibayar oleh rakyat hasil pemborosan pemerintah yang gagal menguruskan kewangan negara secara berhemah menurut sunnah Rasulillah SAW,”tegasnya

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan