Terengganu, Malaysia

DHPP Ucap Terima Kasih Kepada Harussani

Dr Bala Chandran

KUALA TERENGGANU – Disebalik kritikan dan tindakan laporan polis terhadap ‘fatwa’ songsang yang dibuat oleh Mufti negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu mengucapkan terima kasih kepadanya.

Menurut Pengerusinya Dr Bala Chandran, isu sebenarnya adalah isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tetapi Harussani telah menimbulkan masalah dengan mendakwa ‘demonstran’ yang membantah kenaikan harga tersebut sebagai ‘bughah’.

Beliau berkata, majoriti orang bukan Islam tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘bughah’ dan tindakan Harussani itu disifatkannya sebagai membawa isu baru yang boleh dipelajari oleh mereka.

“Kita pun tak tahu apa itu ‘bughah’, jadi dia bawa isu baru pula untuk orang India dan orang Cina untuk belajar Islam lagi, itu penting…………..,”

Dr Bala“sebab lebih (banyak) masalah (yang dibawa oleh beliau lebih banyak orang bukan Islam akan Islam akan belajar) sebab Mufti Perak ini ditakdirkan oleh Allah SWT untuk beri masalah untuk kita belajar (Islam),”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketka ditemui selepas bersama-sama Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu membuat laporan polis di balai polis Kuala Terengganu semalam, Rabu 8 Januari.

Katanya, Islam itu adalah penyelesai masalah, justeru apabila Harussani membawa masalah, orang bukan Islam akan merujuk kepada Islam untuk mencari jawapan sebenar.

Beliau mengulangi penegasan bahawa pentadbiran Islam wajib dilaksanakan dinegara ini.

Oleh itu, orang-orang bukan Islam dari kalangan kaum India dan Cina harus tahu tentang prinsip-prinsip Islam.

“orang bukan Islam, khususnya orang India dan orang Cina…….dia (mereka) harus tahu (tentang Islam) sebab wajib poentadbiran Islam dilaksanakan (dinegara ini),

“kita tak ada pilihan (bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi dinegara ini),”jelasnya.

Oleh itu, beliau akan meneruskan usaha-usaha untuk memberitahu tentang Islam kepada orang-orang bukan islam khususnya kepada ahli dan penyokong parti MIC, MCA dan Gerakan.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan