PKR Komited Memperjuangan Perubahan

950

Menurut Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution, pada masa yang sama PKR menyediakan saluran dan forum untuk setiap anggota parti mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan.

Namun begitu, katanya, ruang berbeda pendapat yang terbuka luas bukan suatu tiket untuk mana-mana anggota membuat serangan keras, melampau, keterlaluan dan dakwaan tanpa diiringi bukti terhadap pimpinan parti sendiri dan pimpinan Pakatan Rakyat sehingga membelakangkan adab dan disiplin parti

Justeru langkah tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota yang melakukan salah laku disiplin.

Tindakan ini diambil tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan justru amalan disiplin yang kuat sahaja bakal menentukan parti terus kuat.

”PKR ingin mengulangi penegasan bahawa biarpun ruang berbeda pendapat terbuka luas namun ianya bukan suatu tiket untuk mana-mana anggota parti membuat serangan keras, melampau, keterlaluan dan dakwaan tanpa diiringi bukti terhadap pimpinan parti sendiri dan pimpinan Pakatan Rakyat sehingga membelakangkan adab dan disiplin parti,

”dalam hubungan ini kepimpinan PKR bertekad mengambil langkah tegas terhadap mana-mana anggota parti yang melakukan salah laku disiplin. Tindakan ini diambil tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan justru amalan disiplin yang kuat sahaja bakal menentukan parti terus kuat,”jelasnya dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, 2 Februari.

Menurutnya, kenyataan diatas adalah ekoran surat yang dihantar kepada beberapa individu pimpinan PKR berhubung keputusan merujuk mereka kepada Lembaga Disiplin Parti. Salinan surat juga dihantar kepada Pengerusi Lembaga Disiplin.

Oleh itu, katanya, ia dianggap sebagai satu proses pembaharuan dan pendemokrasian dalaman PKR, tetapi tidak akan mengalih tumpuan parti dalam persiapan menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dan Perak sekiranya ada.