DUNGUN – Haji Mohd Nor bin Said, 73, longlai setelah mendapat panggilan dari jiran sebelah rumahnya memaklumkan supaya balik segera kerana rumahnya terbakar.
Beliau yang sedang melayan pelanggan di kedainya yang tidak jauh dari situ KEMUDIAN ditemani isteriNYA Maimon binti Awang terus dipapah untuk balik segera setelah dirasakan seluruh tubuh lemah menerima berita tersebut.
Namun dengan bantuan jiran terdekat, kebakaran rumahnya dapat dikawal dan hanya sebahagian rumah itu sudah hangus.

Itulah susunan lemah perkataan yang di lafazkan dihadapan Yang Berhormat Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Parlimen Dungun ketika berkunjung ke rumah mangsa di B169 Kampung Felda Jerangau Hari ini Ahad 5 Disember. Detik jam 4 petang semalam pastinya menjadi satu ingatan sampai bila-bila.
YB Ustaz Wan Hassan ditermani Ketua Penerangan PAS Dungun Naraza Muda yang juga Timbalan Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Besi dan Haji Ghazali Sulaiman selaku Pengarah MTD .
Turut serta Ketua Pemuda Dun dan Ketua cawangan Pas Felda Jerangau 1&2.
Kerugian di anggarkan RM60,000,00 berdasarkan laporan Polis yang di buat anak mangsa di Balai Polis Jerangau .
YB Ustaz Wan Hassan juga memberi kata semangat kepada mangsa agar mangsa dapat bersabar dan menerima semua ujian ini.
Beliau turut memberi sedikit sumbangan segera agar dapat meringan sedikit tanggungan mangsa.
Semangat dan keprihatinan jiran tetangga juga sangat terpuji dan Ustaz Wan Hassan mengucapkan terima kasih atas kerjasam yang ditunjukan oleh semua.
Sebuah jentera Bomba dari Balai AMBS juga sampai setelah menerima panggilan kejadian.










