Terengganu, Malaysia

Jangan Alih Isu, Fokus Tuntutan Rakyat

turun

KUALA TERENGGANU – Kerajaan seharusnya memberi tumpuan terhadap tuntutan rakyat berhubung bantahan kenaikan kos sara hidup, bukannya mengalihkan kepada isu-isu lain yang tersasar dari tujuan sebenar

Ahli Jawatankuasa Kerja Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, perhimpunan yang diadakan di Dataran Merdeka, pada malam ambang 2014 adalah bantahan terhadap kenaikan kos sara hidupan berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Oleh itu, kerajaan perlu bertindak segera bagi menyelesaikan tuntutan tersebut.

“Apabila diadakan himpunan, kerajaan kena fokus kenapa rakyat berhimpun dan apa dia (sebenarnya) kehendak rakyat. (bukan) Soal huru-hara, kacau –bilau dan ketenteraman, kesimpulannya kita dengar sudah lama. Benda tidak berlaku tetapi diperbesar-besarkan,”ujarnya.

dr azman ibrahimNamun begitu, beliau tidak menafikan kemungkinan adanya unsur-unsur provokasi, kerana himpunan yang diadakan di tempat umum dan disertai oleh puluhan ribu manusia.

“lebih-lebih lagi dibuat di tempat umum, tentu sekali manusia datang dari pelbagai kelompok. Kita tidak boleh hendak kata semua senada.

“Kita tidak tahu mungkin ada unsur-unsur provokasi. Jadi, kita tidak nafikan ada perkara-perkara di luar kawalan dalam perhimpunan yang dihadiri puluhan dan ratusan ribu,” katanya

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu memberitahu, masalah rakyat tidak akan selesai sekiranya pihak kerajaan tidak mengambil ‘puisng’ dan mengenepikan suara tersebut.

Jelasnya, suara rakyat perlu diambil kira memandangkan pelbagai alasan yang diberikan kerajaan tidak boleh diterima termasuk rasionalisasi subsidi dan tarif elektrik, lebih-lebih lagi apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) didakwa memberikan bonus antara tiga hingga lima bulan gaji.

“Maknanya untunglah apabila TNB boleh bayar bonus sebegitu banyak. Rakyat pun bukan hendak minta bonus setengah bulan atau sebulan, cukup kalau tidak naik atau turun tarif elektrik.

“Dan kita yakin ada mekanisme untuk atasi perkara ini tetapi kalau kerajaan letak dari awal lagi bila rakyat bersuara, kerajaan bercakap dengan nada menjatuhkan, perkara tidak akan selesai,” katanya.

Mengulas tindakan yang mungkin dikenakan terhadap penganjur perhimpunan terbabit, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada ia menyalahi undang-undang dan juga Akta Perhimpunan Aman.

Tetapi, beliau menggesa supaya pihak berwajib meletakkan ketelusan dalam setiap tindakan.

Apa yang jelas katanya, ia bukan didalangi pembangkang sebagaimana dakwaan pihak tertentu sebelum ini memandangkan tiada sebarang arahan rasmi dari parti berhubung kerahan ahli untuk hadir ke perhimpunan terlibat.

“Kita pun tidak tahu siapa dia penganjur sebenar. Cuma dari pihak kerajaannya dia kata beberapa NGO dan tidak dinyatakan siapa dia NGO.

“Yang jelasnya, dakwaan bahawa rusuhan, pengacau keamanan, terlalu banyak khabar angin yang tidak jelas sebagaimana perhimpunan sebelum-sebelum ini dengan (penemuan) pisau, dengan parang. Saya rasa, dia ulang skrip sebagaimana perhimpunan sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, himpunan tersebut juga dilihat sebagai lonjakan di kalangan anak-anak muda terhadap isu-isu yang akan mereka hadapi terutama kenaikan kos hidup menjelang tahun baru.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan