Ke mana Perginya Wang Derma RM700,000 Untuk Projek Hemodialisis Kemaman?

993

Justeru itu, satu e-mel telah di majukan kepada Buletinonline oleh Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/01/hemodialisis.gifKatanya, e-mel tersebut dihantar kepadanya oleh seorang individu, berikutan perbualannya dengan seorang ahli wanita Umno Kemaman sewaktu program pembukaan Pusat Tarbiah Islam Binjai (PUTIB) disini seminggu yang lalu.

Atas topik yang sama, pengirim e-mel menulis seperti dibawah;

”Saya membuat andaian Tuan Haji mungkin lebih maklum tentang perkara ini namun sperti mana yang kita tahu, projek hemodialisis di Kemaman masih lagi tidak berjalan.

Apa yang menjadi kemusykilan, kemana perginya wang derma tersebut? Saya dapat khabar, jumlahnya sampai mencecah RM 700K. Jika benarlah ura ura saya mendengar yang wang itu telah habis digunakan, maka laknatlah bagi mereka yang menggunakannya.

Mungkin jika tidak keberatan Tuan Haji, bolehlah Tuan Haji bingkiskan sedikit hal tersebut di dalam blog Tuan Haji.. Manalah tahu kalau kalau ianya dapat memberi impak kepada kerajaan langit (kerajaan ahmad said) sekarang nie. Untung untung naik lah nanti pusat hemodialisis itu.. yang dapat faedahnya penduduk kemaman juga.. InsyaAllah….”

Oleh itu, Buletinonline pohon kerjasama dari mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai perkara diatas agar dapat menyampaikannya kepada pihak kami