Terengganu, Malaysia

Penjenayah Alam Sekitar; PAS Sedia Duduk Semeja

bebas cukai9

SETIU – PAS Terengganu menyambut baik ketegasan Kementerian Kesihatan Malaysia yang bercadang untuk mengkaji bagi mengenakan hukuman lebih berat ke atas mereka yang melanggar peraturan berhubung kebersihan amal sekitar dalam usaha menyekat dan mengawal wabak denggi.

Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam sebagaimana dipetik oleh sebuah akhbar harian berkata, sekalipun kementerian menjalankan pendidikan dan kempen kesedaran namun masih ramai melakukan kesalahan.

wt_02.1Walaupun begitu, PAS Terengganu berpendapat, mengaitkan tindakan pelanggaran kebersihan alam sekitar dengan peningkatan kes wabak denggi cuma satu daripada skop penumpuan penguatkuasaan. Sedangkan bahana dari jenayah alam sekitar kepada kehidupan manusia adalah lebih besar dan menyeluruh.

Aktivis Alam Sekitar PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, ia mestilah meliputi semua kes pemcabulan alam sekitar, bukan hanya setakat mahu membasmi denggi sahaja.

“Kalau sasaran dari penguatkuasaan undang-undang yang menjanjikan hukuman lebih berat ini adalah orang ramai atau rakyat awam, saya berpendapat bahawa sasaran ini juga menumpukan hanya satu skop yang terhad,

“Perlanggaran peraturan alam sekitar hasil dari tindakan rakyat awam kesannya sangat adalah sangat sedikit atau minima. Sebaliknya tindakan pencabulan alam sekitar secara rakus oleh syarikat-syarikat mega bersaiz gergasi dengan perlaksanaan projek-projek bernilai ratusan juta ringgit adalah isu yang perlu diberikan tumpuan dalam penguatkuasaan undang-undang.,”tegasnya

PENCEMARAN SUNGAI KUALA IBAIMenurutnya, memang tidak dinafikan denggi adalah satu wabak yang boleh membawa maut.

Namun begitu, jenayah alam sekitar yang lain, membawa impak lebih besar kepada bencana dan keselamatan Negara seperti bencana banjir, tanah runtuh.

Katanya, pencemaran sungai dan tasik, hakisan tanah dan musnahnya habitat serta ekosistem semulajadi, membawa kesan jangka panjang kepada tamadun manusia.

“Kesannya adalah kerosakkan dan kerugian harta benda, kehilangan sumber pendapatan rakyat, kesan sosioekonomi rakyat, kehilangan tempat pembiakan spesis hidupan air yang menjejaskan pendapatan nelayan dan pelbagai lagi,”jelasnya.

Beliau yang ujuga mantan Pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Terengganu berkata, di negeri Terengganu sendiri, terdapat senarai panjang beserta data lengkap siri-siri perlanggaran aspek alam sekitar dalam perlaksanaan projek-projek bersaiz mega dengan peruntukan ratusan juta ringgit.

tebusguna tanah belakang kedai payangDalam rekod itu, kata beliau, sebahagiannya dilaksanakan oleh syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan sendiri.

Beliau yang juga mantan Pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Terengganu berkata, pihaknya memainkan peranan dari segi aspek penelitian, pengumpulan data dan fakta, kajian di lapangan seterusnya disusuli dengan pendedahan demi pendedahan.

“Namun, semuanya masih dipandang sepi oleh pihak berwajib yang mempunyai autoriti untuk mengambil tindakan,”ujarnya kesal.

Justeru, demi menyahut ketegasan Menteri yang bercadang untuk mengenakan hukuman berat terhadap pesalah alam sekitar, beliau selaku anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu menawarkan diri untuk memberikan khidmat percuma bagi membantu pihak berwajin dengan membekalkan data dan maklumat.

“saya menawarkan diri untuk duduk semeja bagi berkongsi dan membekalkan data, fakta serta hasil kajian kami bagi dimanfaatkan oleh pihak berwajib supaya isu-isu alam sekitar yang membelengu rakyat dapat ditangani dengan sewajarnya.

“Kami juga bersedia untuk duduk semeja, berbincang bagi mencari solusi terbaik atas kapasiti kami adalah pihak yang dekat dengan rakyat serta merasai denyut nadi rakyat. Laporan EIA atau DEIA yang dikemukakan pihak pemaju,”ujarnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan