KEMAMAN – [Lihat Video] Selepas semua kawasan yang terjejas banjir dapat ditembusi, Jawatankuasa Banjir PAS Kawasan Kemaman memasuki Fasa Kedua dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir.
Pengarahnya Haji Zulkifli Mat Yakim berkata, ramai mangsa yang terperangkap sejak tiga hari lalu yang ‘kelaparan’ kehabisan makanan dan tidak ada bekalan.
Katanya, ia bukan sahaja di kawasan pedalaman, malah warga di Bandar Chukai juga berlaku, kerana bekalan makanan di bandar sudah ‘terputus’.
“Sedikit maklumat untuk dikongsi pada hari kedua operasi kita. Peringkat yang kita panggil, selepas tahap kita, misi menyelamat hari yang kedua kita buat mengisi untuk menghantar barang-barang makanan serta masa-masa yang tersingkat kita bagilah.
“Cuma nak koordinat bagaimana tempat-tempat yang dikepung kita boleh, petugas-petugas kita boleh menghantar ataupun menyampaikan bantuan-bantuan makanan yang mana sesetengah program yang kita terima, sehari, dua hari tak dapat menjamah makanan,”ujarnya


Oleh itu, beliau berkata, tugas pasukan sukarelawan dan Unit Amal pada tahap kini adalah untuk menyalurkan sebanyak mana yang mungkin barang-barang yang diterima dari sumbangan orang-ramai.
“ini (kita) akan diagihkan kepada pusat-pusat penempatan dan juga rumah-rumah yang juga dijadikan sebagai pusat pemindahan ……….Dan Alhamdulillah overall (keseluruhan kawasan) yang (telah) diliputi contoh Air Putih, 99% (sudah) kita boleh tembus,
“kita (sudah) boleh lalui untuk kita menghantar bantuan-bantuan yang saya sebut tadi lah. Jadi, keseluruhannya proses ini akan terus sehingga kita mencapai (tahap) pasca banjir nanti di peringkat ketiga,”jelasnya.
Katanya, ramai tenaga yang diperlukan dari seluruh negeri dan juga seluruh negara bagi membantu operasi pembersihan serta penempatan semula mangsa-mangsa banjir.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudah turun membantu dan menyeru serta memohon simpati kepada seluruh rakyat yang prihatin untuk menyumbang apa sahaja samada wang ringgit, makanan, pakaian termasuk pakaian terpakai dan lain-lain keperluan hidup harian.





























