Katanya, rakyat dan para pengundi di Bikut Gantang wajar memenangkan calon PAS, Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin dengan majoriti 10,000 undi dalam pilihan raya kecil kali ini.
“Kita (Pakatan Rakyat) mahu kemenangan di Bukit Gantang ini dikekalkan kepada PAS dan bukan dengan majoriti 2,000 tetapi 10,000 undi.
“Kita (rakyat) kena ajar Barisan Nasional (BN) kali ini untuk menghormati undang-undang dan suara rakyat,” ujarnya ketika berucap pada majlis BBQ di Taman Simpang Makmur UPU Pengakalan Aur dalam DUN Changkat Jering di sini.
Beliau yang juga Adun Tronoh yakin kemenangan berpihak kepada calon PAS dari Pakatan Rakyat kerana di Perak sedang berlaku krisis Perlembagaan.
Oleh itu, katanya tidak ada sebab rakyat menolak PAS kerana mandat telah diberikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu.
Menurutnya, senario politik yang berlaku di Perak sejak mutakhir ini akan memberi kelebihan kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Pakatan Rakyat Tetap Kerajaan Perak yang Sah
Siva juga mempertahankan kerajaan yang sah disisi Perlembagaan Negeri Perak adalah kerajaan Pakatan Rakyat.
Ini kerana, katanya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu rakyat telah memberi mandatnya kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
“Kerajan Perak yang sah adalah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan bukan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Pada 8 Mac 2008, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, rakyat telah beri mandat kepada Pakatan Rakyat untuk tubuh kerajaan dan memerintah negeri Perak ini,”
Katanya, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang ini merupakan satu cara terbaik bagi rakyat mengajar BN menghormati Undang-undang.
“Kita (rakyat) kena ajar dia (Barisan Nasional) kali ini. Pilihan raya kecil ini satu cara untuk kita nak ajar BN hormati Undang-undang dan Perlembagaan,” ujarnya
Menurutnya, jika rakyat tidak menghukum BN dalam pilihan kecil kali ini kezaliman akan terus berlaku di Perak.
“Pakatan Rakyat (PR) ialah suara rakyat dan Barisan Nasional (BN) bukan untuk rakyat,” ujarnya.
Justeru itu, katannya Barisan Nasional (BN) mengamalkan dasar ‘pecah dan perintah’ bagi mengekalkan kuasa di negara ini.
Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Majlis Tertinggi Parti DAP Perak, Encik Clement, mantan Exco Kerajaan Negeri terengganu, Ustaz Awang Dagang, Yang Dipertua PAS Kemaman dan timbalannya, Haji Ismail Harun dan Haji Hanapiah Mat



























