GOMBAK – Tiga keluarga mangsa kebakaran di penempatan masyarakat India (India Settlement) Gombak Utara terharu terima sumbangan daripada Ahli Dewan Negeri (ADUN) Gombak Setia YB Ustaz Hasbullah Ridzwan.
Seorang daripadanya, Raymond, 30 tahun berkata kejadian kebakaran yang berlaku pada 23 November lalu melibatkan tiga buah rumah.
“Dua buah terbakar pada jam 7 pagi hangus benar-benar membuat saya dan ahli keluarga terkejut kerana ketika itu saya, dan keluarga pergi membeli sarapan di luar.
“Kemudian, dimaklumkan oleh jiran, rumah kami sudah hangus terbakar” kata beliau dengan perasaan sedih.
Menurut Raymond, rumah beliau dan jirannya telah hangus seratus peratus dan sebuah rumah lagi hangus dalam 50 peratus. Kerugian dianggarkan dalam RM 100 ribu ketiga-tiga buah rumah.
Raymond yang berkerja sebagai pemandu van menambah lagi, selepas kejadian beliau dan dua keluarga mangsa kebakaran terpaksa menumpang di rumah jiran.
Beliau berharap bantuan dari pihak-pihak berwajib bagi membolehkan beliau dan dua keluarga mangsa kjebakaran itu membina rumah baru.
Seorang lagi masngsa, Mahar Del, 50 tahun turut berterima kasih dan terharu atas sumbangan yang diterimanya.
“Saya sangat berterima kasih atas bantuan Adun dan ahli majlis kerana inilah sumbangan pertama yang kami terima dan masih menunggu bantuan dari JKM.
“Dengan sumbangan diberikan oleh Adun sedikit sebanyak membantu saya membeli barang keperluan anak-anak” jelas beliau.
Turut hadir dalam majlis sumbangan yang dilakukan di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia ialah Puan Zailah Bt. Kamaludin, Ahli Majlis MPS Zon 6 dan Mariyppan A/L Narayanasamy, Ketua Kampung India Settlement.




























