Muktamar Ke-59 Membuka Tirai

1147

PAS menjadi tumpuan seluruh negara bermula hatri ini apabila membuka tirai perhimpunan tahunannya kali ke-59 di stadium Melawati Shah Alam bermula hari ini sehingga 24 November

PAS dan Pakatan Rakyat menguasai 52 % daripada undi popular rakyat berbanding umno dan barisan nasional yang hanya memperolehi 47% pada pilihanraya umum kali ke-13 yang lalu
Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali berkata demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian muktamar pas kali ke-59 di stadium melawati shah alam.

Beliau juga mengisytiharkan, tidak ada mana-mana salah laku yang berlaku dalam tempoh kempen berkempen bagi pemilihan kepimpinan pas pada tahun ini

“tidak ada mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh calon-calon yang bertanding, kecuali yang dilakukan oleh orang luar, yang tidak bertanding,”katanya

PAS mengadakan muktamar kali ke-59 pada tahun ini pada hujung tahun bukan sebagaimana biasa, yang diadakan pada bulan Jun

Datuk Mustafa berkata, ia adalah bagi memberikan penumpuan kepada pilihanraya umum lalu, yang telah diadakan pada bulan Mei 2013