Terengganu, Malaysia

Apa Salahnya Kerajaan Beli Pemadam Api Untuk Setiap Rumah!

Apa Salahnya Kerajaan Beli Pemadam Api Untuk Setiap Rumah!

“kalau kerajaan boleh bagi (beri) BR1M setiap tahun dan bagi tangki 1Malaysia takkan nAk tolong rakyat bagi pemadam api tak dapat (boleh)…………..bukan selalu bagi pun,

“Kerajaan yang bertanggungjawab boleh bantu rakyat kampung yang susah,”ujar Haji Jofri Jaraiee.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak itu berkata, antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah masalah keselamatan rumah kampung yang tidak ada pemadam api.

Katanya, ia sekurang-kurangnya dapat mencegah api dari merebak dan juga dapat menyelamat nyawa serta kemusnahan harta benda.

“Sekurang-kurangnya dengan adanya pemadam, ianya satu langkah awal untuk memadam dan mencegah api dari merebak dan juga dapat menyelamat nyawa serta kemusnahan harta.

“Harap perkara ini dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan dengan menyediakan setiap rumah kampung ada satu pemadam api demi keselamatan penduduk kampung,”ujarnya.

Rumah Hangus Sg DalamBeliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawsan Miri berkata demikian selepas melawat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sungai Dalam B, Batu 6, Lambir dekat sini bersama Unit Amal Malaysia Kawasan.

Dalam kejadian yang berlaku jam 7.40 pagi beberapa hari lalu itu, seorang budak lelaki berusia tiga tahun telah rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah keluarganya.

Ibu dan nenek mangsa turut melecur di beberapa bahagian badan mereka.
Datuk mangsa, Sebri Pawi, 81, yang ditemui memberitahu api berpunca daripada salah satu bilik di rumah kayu tersebut.

Haji Jofree menambah, harga seunit pemadam api jenis ‘Dry Powder’ seberat 9 kilogram hanyalah RM115.00 dan Ianya adalah lebih murah dari tangki 1Malaysia.

Justeru beliau mencadangkan supaya kerajaan negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat melaksnakan terlebih dahulu, atas nama prihatin dan jaminan keselamatan terhadap rakyat.

Di peringkat persekutuan, kata beliau, sekiranya kerajaan BN tidak mahu melaksanakannya, rakyat boleh mula berfikir untuk menukar kerajaan pada piliharaya umum kali ke-14 akan datang.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan