IMBNet Satukan Ahli Korporat Islam Peringkat Antarabangsa

1376

Oleh: MKI

KOTA BHARU – Dua puluh organisasi perniagaan termmasuk anak-anak syarikat berkaitan kerajaan negeri Kelantan mencapai persetujuan menjadi ahli International Muslim Business Network (IMBNet) dan bersedia membantu badan NGO itu dalam mewwujudkan rangkaian peniaga muslim di pweringkat antarabangsa.

Permuafakatan tersebut dicapai dalam sesi dailog dan majlis Hi-tea yang dianjurkan oleh International Muslim Business Network (IMBNet) pada hari Ahad, 27 Oktober lalu, bertempat di JKR10, Kota Bharu, Kelantan.

Penasihat IMBNet Dato’ Abu Bakar Chik berkata menjadi satu kepentingan strategik perniagaan dalam era globalisasi bagi mewujudkan satu rangkaian perniagaan muslim di peringkat antarabangsa.

“adalah penting bagi satu rangkaian perniagaan muslim di peringkat antarabangsa di perkuatkan,

“IMBNet merupakan salah satu platform yang disediakn bagi mewujudkan kesatuan di kalangan ahli korporat Islam Antarabangsa sejak 2006 lagi,”ujarnya.

IMG-20131106-WA008Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Dailog dan Hi-tea tersebut.

Membacakan firman Allah sebagai panduan, yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyukai Orang yang keluar berjihad dalam keadaan bersaff” (As-Shaff ayat:4), beliau menekankan perlunya satu kumpulan ekonomi atau rangkaian di kalangan ahli perniagaan.

Menurutnya IMBNet telah menganjur beberapa forum, majlis makan malam, seminar, expo peringkat antarabangsa sepanjang 8 tahun kewujudannya dan pernah di hadiri oleh para peserta dari lebih 15 buah negara dalam satu masa.

Turut sama dalam majlis itu adalah Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Dato’ Ustaz Nik Zazawi Salleh dan mantan Exco krajaan Kelantan YB Haji Zulkifli Mamat.

UstaZ Abu Bakar menambah, seketariat IMBNet yang berpejabat di kota Bharu, Kelantan dan di Guangzhou, China, membuka peluang seluasnya kepada mana-mana usahawan untuk menyertai rangkaian perkongsian bijak tersebut.

Sebarang pertanyaan untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan IMBNet boleh diajukan kepada MI.Kamal ditalian 0139863106.