Tolak BN Kerana Berbohong Kepada Rakyat

1396

Akhbar berita harian didapati bersekongkol dengan Umno dan Barisan Nasional menyebarkan fakta yang tidak betul dan bohong kepada rakyat.

“Esok hari Isnin 4 hb, rakyat khususnya pengundi Sungai Limau perlu membuat keputusan menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) dan mengekalkan pas kerana mereka mereka berita palsu dan menyebarkannya melalui akhbar berita harian,”ujarnya

Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai Haji Hanafiah Mat berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berhubung berita ‘Tidak Benar’ yang dilaporkan oleh Berita Harian semalam.

Beliau yang juga Timbalan Ketua kontinjen petugas pembantu jentera piliharaya Kecil DUN Sungai Limau berkata, pembohongan sudah merupakan satu amalan kepada Umno-BN.

Sebelum ini pada pilihanraya umum Kali Ke-13, pelbagai janji bohong bn turut disiarkan oleh akhbar terbabit.

Semalam pada sidang media harian PAS, Mahfuz berkata akhbar tersebut menyiarkan ‘kononnya seorang bekas guru calon bn telah bermimpi beliau menjadi seorang calon bagi bertanding atas tiket Umno dan Barisan Nasional

Guru agama, Ustaz Rozali Abdul Hakim, 76, menafikan dakwaan yang disiarkan akhbar Berita Harian yang menyatakan beliau bermimpi Dr Ahmad Sohaimi Lazim menjadi calon Barisan Nasional (BN).

Rozali dalam kenyataan ringkasnya mengakui menerima kunjungan Sohaimi di kediamannya tetapi beliau tidak pernah mengatakan ada bermimpi.

“Mimpi tak betul, bila orang kata Sohaimi jadi calon saya cuma mengatakan dia anak murid saya itu saja.

“Hanya terlintas bila diberitahu, saya datang ni dengan kerelaan untuk menafikan apa yang disiarkan dan tidak ada orang paksa untuk saya hadir pagi ini,” kata beliau.

Akhbar Berita Harian semalam menyiarkan di muka hadapan dengan tajuk “Ustaz mimpi Ahmah Sohaimi jadi calon BN”.

PAS yang melihat kenyataan tersebut bukan saja tujuan mengelirukan rakyat tetapi satu tindakan yang tidak wajar diperlakukan terhadap seorang guru agama.