Rejim Israel Lancar Serangan Udara terbaru Sejak Dua Bulan Lalu

1396

Tentera rejim Israel telah membuat serangan udara yang pertama ke Gaza sejak lebih dua bulan lalu dan mensasarkan pengeboman di utara Semenanjung Gaza pada hari Isnin.

Menurut satu kenyataan, Ia sebagai tindak balas kepada banyak roket dan mortar dilancarkan ke Israel dalam tempoh 24 jam lalu di mana pesawat menyasarkan dua pelancar roket tersembunyi di jalur yang dikuasai Hamas itu.

Saksi berkata, serangan disasarkan ke tempat latihan yang digunakan oleh militan daripada sayap bersenjata di barat Beit Lahiya, Gaza.

Namun tidak ada kecederaan dilaporkan akibat serangan itu.

Beberapa roket telah dilepaskan dari Gaza awal Isnin, dengan satu roket dipintas oleh sistem penagkis “Iron Dome” di atas bandar Ashkelon.

Tidak ada kumpulan yang telah mendakwa bertanggungjawab menembak roket tersebut.

Ia adalah serangan udara yang pertama sejak 14 Ogos apabila pesawat rejim menghentam sasaran di kawasan yang sama, juga didakwa sebagai tindak balas kepada serangan roket-sumber Maan News Agency