Pemerintah ‘Central Equatoria’ Minta Bantuan Yayasan Amal Untuk Program Air Bersih Rakyat

1056

JUBA, Selatan Sudan – Gabenur wilayah ‘Central Equatoria’ (Equatoria Tengah) Republik Selatan Sudan menyokong penuh usaha Khidmat Sosial dan Kemanusiaan yang dilaksanakan dan meminta bantuan Yayasan Amal Malaysia bagi program air bersih untuk rakyat di wilayah tersebut.

“kami bagi pihak Gabenur dan rakyat wilayah Equatoria Tengah menyokong penuh usaha Yayasan Amal Malaysia bersama Majlis Umat Islam (Islamic Council) mengadakan program menyembelih lembu korban untuk Eidul Adha,

tmp_20131017_175810-225233537“dan kami mendengar Yayasan Amal berjaya menggali perigi tiub untuk bekalan air bersih di Kasala, (jadi) kami sangat-sangat memerlukan bekalan air bersih untuk rakyat di sini,”ujar Timbalan Gabenur Manase Romoulue.

Pemerintah Equatorial Tengah bukan sahaja memberikan sepenuh kerjasama dalam soal kebajikan dan kemanusiaan bahkan beliau beliau menawarkan bidang-bidang perusahaan dan pengeluaran serta pembinaan infrastruktur.

Katanya, Sudan Selatan sebuah negara yag baru yang belum mempuyai kemudahan awam jalan raya dan jambatan serta tidak ada kilang-kilang pegeluara barangan dan makanan.

korba rss“bukan sahaja bidang kemanusiaan dan khidmat sosial seperti khidmat kesihata yang diberika oleh Yayasan Amal di Hospital Kanak-kanak al-Sabah, saudara-saudara yang hadir sudah mendengar ucapan dari menteri-menteri saya,

“kami memerlukan rakan kongsi untuk membangunkan wilayah ini dan mengalu-alukan pihak saudara dan rakan-rakan lain dari Malaysia yang, sekiranya mahu mengusahakan projek-projek dan cadagan untuk pengeluaran dan pemindahan teknologi,”jelasnya.

Manate berkata demikian ketikamenutup ucapannya dalam kunjungan hormat delegasi Yayasan Amal atas jemputan pejabat Gabenur di kompleks pejabat Gabenur di bandar ini, pada Selasa 17 Oktober.

misi amal rss perubatanSebelum itu, dalam ucapan perkenalan, Presiden Amal Malaysia Haji Hussin Ismail berkata, selain dari menyembelih haiwan lembu dan kambing sempena Eidul Adha di wilayah Equatorial Tengah dan Barat, Sudan Selatan, Yayasan Amal turut memberikan khidmat kesihatan dan memberi ubat-ubatan percuma.

Selain di hospital Kanak-kanak al-Sabah, pasukan perubatan Yayasan Amal turut mengadakan program perubatan yang sama di kawasan kejiranan Malakia di tengah bandar Juba.

Disamping itu, Haji Hussin berjanji akan cuba mendapatkan bantuan sumbangan, derma dan sedeqah dari rakyat Malaysia bagi membantu umat Islam di Selatan Sudan khususnya dalam pembinaan masjid-masjid baru dan menjalinkan usahasama mendapatkan bantuan pembiayaan bagi para pelajar yang mahu melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.

20131017_160335

Beliau mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Setiausaha Agung Majlis Umat Islam Salah Rajab Bunduki dan seluruh ahli-ahlinya serta koordinator Misi Yayasan Amal di Sudan Selatan, Alison Barabas Yacub, yang memberikan kerjasama kepada Yayasan Amal dalam menjayakan Misi Khidmat Sosial dan Kemanusiaan di negara itu.

Misi Yayasan Amal bersama 18 sukarelawan pelbagai bidang ke negara yang baru ditubuhkan itu, bermula pada 13 Oktober lalu dan akan berakhir pada Ahad 20 Oktober ini.