PAS Sarawak Sambut Eid al-Adha Bersama Rakyat

1136

PAS Sarawak menyambut Idul Adha bersama rakyat tempatan di beberapa kawasan di bahagian Sarawak, antaranya PAS Kawasan Miri, Bintulu dan Beting Maro.

Di Miri dua ekor lembu telah dikorbankan di sekitar kawasan Senadin dan juga Sibuti. PAS kawasan Miri telah mengagihkan daging korban tersebut kepada penduduk tempatan dalam kawasan tersebut. Sambutan penduduk tempatan sangat mengalakkan.

Manaakala di Bintulu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak Haji Jofri Jaraei berkata, dua ekor lembu dikorbankan dan proses melapah dan jamuan ringkas berlangsung di Pusat Tarbiyyah Awlad(PUTRA) Jepak. PAS mengagih-agihkan daging korban kepada penerima di sekitar kampung seperti Kg Kamunting, Kg Baru dan Kg Jepak (Hampir seratus bungkus diagihkan).

“Di Beting Maro juga, bekas calon DUN Beting Maro Abang Ahmad Kerdee turun padang bersama masyarakat setempat untuk meraihkan Idul Adha.

“Antara aktivitinya bersama penduduk tempatan adalah mengagih-agihkan daging korban kepada penduduk dalam kawasan itu,”ujarnya.

Menurutnya, ia adalah antara aktiviti PAS Sarawak bersama masyarakat tempatan sepanjang tahun yang akan lebih mendekatkan PAS dengan rakyat Sarawak.

“Dengan adanya aktiviti sebegini masyarakat tempatan akan faham bahawa PAS bukan sekadar sebuah parti politik tapi juga parti yang sentiasa bersama dengan rakyat tanpa mengira masa dan waktu.

“Mudah-mudahan dengan adanya aktiviti ini, masyarakat Sarawak dapat menilai perjuangan PAS dalam menjaga kebajikan rakyat dan juga sentiasa bersama rakyat tanpa mengira waktu,”jelasya