JUBA, Sudan Selatan – Presiden Yayasan Amal Malaysia, Haji Hussin Ismail berkata Misi Khidmat Komuniti dan Korban di Sudan Selatan dapat meningkatkan ukhuwwah di kalangan orang-orang Islam seluruh dunia dan mengujudkan kesedaran da perhatian antarabangsa terhadap umat Islam di negara tersebut.
Katanya, soal wang ringgit dan berapa banyak haiwan yang dikorbakan adalah satu perkara kecil berbanding pertautan hati diantara umat Islam Malaysia dan saudara-saudara di Selatan Sudan yang kini menjadi golongan minoriti.


“Misi Yayasan Amal ke negara ini akan dapat megeratkan persaudaraan Islam antara Malaysia dengan Sudan Selatan dan meneruskan program kemanusiaan dan khidmat sosial bagi membantu saudara-saudara di sini,
“kita berharap lebih banyak badan-badag NGO yag tampil dan datang ke sini bagi membantu umat Islam,”ujarnya kepada pihak media selepas membuat kunjungan rasmi ke pejabat Majlis Umat Islam Selatan Sudan di sini pada Selasa, 15 Oktober.
Sebelum itu, dalam ucapan alu-aluan, Setiausaha Agong Majlis Umat Islam Selatan Sudan Salah Rajab Bunduki berkata, beliau berbesar hati menerima kedatangan delagasi Yayasan Amal Malaysia dan mengucapka terima kasih atas usaha murni yang dijalankan.
Beliau berkata, Majlis tersebut berfungsi sebagai koordinator antara kerajaan Sudan Selatan dengan umat Islam disamping menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan keperluan kehidupan mereka.
Antaranya, kata beliau, mencari peluang pembiayaan bagi pendidikan tinggi kepada pemuda-pemuda Islam Selatan Sudan yang mahu melanjutkan pengajian mereka dalam dan luar negeri.
Katanya, keperluan bekalan air bersih merupakan satu keutamaan buat masa ini kerajaan kerajaan yang baru belum dapat menyediakan kemudahan awam tersebut untuk penduduk.
“kita (Majlis Umat Islam) menyelaraskan usaha kerajaan Sudan Selatan dengan umat Islam dan sedang mencari peluang-peluang kewangan untuk pembiayaan pengajian kepada para pelajar di sii, dalam dan luar negara,
“secara umumnya kami di sini memerlukan bekalan air yang bersih yang mungkin dapat dilaksanakan dengan menggali perigi tiub serta menubuhkan sebuah pusat kesihatan kepada rakyat yang miskin,”jelasnya.
Misi Khidmat Komuniti dan Korban Yayasan Amal bermula pada 13 Oktober sehingga 20 Oktober ini membawa bersama amanah dari rakyat Malaysia untuk melaksanakan ibadah korban di Sudan Selatan.
Sebanyak lebih 200 ekor lembu dan 250 ekor kambing akan di sembelih pada hari raya Eidul Adha dan hari-hari tasyrik di wilayah Equatoria Tengah, Sudan Selatan, untuk diagihkan kepada umat Islam yang rata-rantanya masih hidup serba kekurangan, dibawah tahap kemiskinan.




























