Himpunan Anti Kudeta Diteruskan Merata Tempat

1169

Beribu-ribu penyokong presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Morsi telah mengadakan protes di seluruh negara, tetapi tidak di dataran Tahrir di Kaherah bagi mengelak ia bertukar ganas.

Seorang telah terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan anti-rampasan kuasa dengan penduduk tempatan penyokong kerajaan tentera di wilayah Sharqia dan tujuh telah cedera dalam himpunan di bandar Damietta.

Polis melepaskan gas pemedih mata di bandar Iskandariah untuk menyuraikan pertempuran antara pihak lawan dan penyokong Morsi.

Sumber-sumber keselamatan berkata, tiada kemalangan jiwa dan demonstrasi di bahagian-bahagian lain di negara ini sebahagian besarnya aman.

Mesir telah telah mengalami kegawatan oleh tentera yang menggulingkan Morsi pada 3 Julai yang mendorong pergerakan Ikhwan al-Muslimin dan para penyokong menganjurkan demonstrasi harian di bandar-bandar di seluruh negara.

“Pertempuran meletus di Iskandariah antara penunjuk perasaan pro-Morsi dan penduduk yang menentang Morsi,

“Mereka (penyokong tentera) marah dengan bantahan yang termasuk laungan anti-tentera, dan ia membawa kepada pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.” kata sumber.

Pertempuran kecil juga berlaku di Delta Nil wilayah Sharqia dan bandar pantai Damietta, di mana seorang penyokong Morsi cedera.