Empat belas tahun yang lalu, Merve Safa Kavakçı sebagai ahli parlimen yang baru dipilih oleh rakyat, telah disorak dan diejek oleh ahli-ahli parlimen Turki apabila beliau hadir ke parlimen untuk mengangkat sumpah.
Bukan sahaja beliau yang lahir pada 19 Ogos 1968 di Ankara Turki dihalang mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat, malah kewarganegaraannya telah ditarik semata-mata kerana beliau memakai tudung kepala.
Kavakci, yang berkelulusan ijazah sarjana dari Universiti Harvard dan PhD dari Howard University, telah hilang kerusi Parlimen pada Mac 2001 dan parti yag diwakilinya, ‘Parti Kebaikan’ (Virtue Party) telah diperintahkan ‘bubar’ oleh Mahkamah Perlembagaan Tutup pada bulan Jun 2001.
Selain beliau, lima orang rakannya yang juga ahli-ahli parlimen yag dipilih secara demokrasi telah diharamkan berpolitik dan bertanding dalam pilihanraya selama tempoh lima tahun.
Pada tahun 2007, Kavakci memenangi kes undang-undang apabila Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah mendapati bahawa pengusiran Kavakcı dari Parlimen itu merupakan pelanggaran hak asasi manusia.
Semalam, Selasa 8 Oktober, Turki dengan rasminya telah menarik larangan waita memakai tudung yang telah menjadi undang-undang negara sekular Turki sejak 90 tahun lalu, apabila Mustafa Kamal Atatturk menjatuhkan kerajaan Turki Othmaniyah.
Kini wanita yang bekerja perkhidmatan awam Turki bebas dari ‘cengkaman’ sekular itu, yang menjadi sebahagian daripada pakej reformasi oleh kerajaan bertujuan untuk meningkatkan demokrasi.
Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menyifatkannya sebagai ” langkah ke arah normalisasi ” dan berkuat kuasa selepas ia disiarkan dalam warta rasmi Turki.
“Kami kini telah menghapuskan peruntukan yang kuno yang bertentangan dengan semangat republik itu. Ia adalah satu langkah ke arah pemulihan. Satu zaman gelap telah berakhir,” kata Erdogan dalam ucapanya di parlimen.
Dengan pewartaan kebenaran wanita Turki memakai tudung itu, perjuangan Kavakci yang giat meyampaikan syarahan di seluruh dunia, mengkritik dasar-dasar Turki yang ‘mencabul’ hak-hak wanita Islam, sejak 14 tahun yang lalu, akhirnya berjaya.









