Pemuda PAS bertekad akan turun habis-habisan bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang menjadi kubu kuat PAS sejak lima kali pilihanraya umum lalu.
Oleh itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan berkata pemuda akan mula berkampung lebih awal, bermula pada 19 Oktober ini bagi meghadapi pilihanraya kecil (PRK) DUN tersebut.
Beliau berkata, persaingan sengit dalam meraih undi ‘orang muda’ akan berlaku kerana Pemuda Umno telah mengisytiharkan ‘perang’ memberikan tumpuan kepada 7,000 pengundi muda yang meliputi 30 peratus daripada keseluruhan pemilih di DUN itu.
“kita (pemuda PAS) akan dekati dan megenali setiap pengundi muda di (DUN) Sungai Limau……..kita akan perbanyakkan aktiviti ‘orang muda’ seperti aktiviti sukan, permotoran, kebajikan, seni dan lain-lain,
“kita aka mula bekampung di Sungai Limau pada 19 Oktober ini,”kataya ketika dihubungi.
Pada awal minggu lalu, Sany telah menegaskan kebersediaan dan kesiapsiagaan pemuda untuk ‘berpencak’ di medan PRK DUN Sungai Limau.
Menurutnya, kemenangan yang akan dicapai di dalam pilihan raya kecil itu adalah sumbangan kecil pemuda untuk menghargai segala jerit perih perjuangan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat Dato’ Ustaz tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS akan mengunakan jentera pilihanraya peringkat DUN yang telah bergerak dalam pilihanraya umum lalu.
Katanya, para petugas pembantu PAS dari luar kawasan da negeri-negeri akan digerakkan dalam tiga gelombang, bagi membantu kempen pilihanraya kecil yang akan bermula selepas peamaan calon pada 23 Oktober.
Beliau yakin, PAS akan dapat mempertahankan kerusi DUN itu berdasarkan rekod kecemerlangan bekas ADUN Allahyarham Ustaz Azizan Razak yag dipuji oleh kawan dan lawan.
Selain itu, menurutya, rekod pemerintahan ‘bersih’ PAS sebagai kerajaan yang bebas rasuah da peyelewengan akan turut menjadi faktor perkiraan pengundi untuk memilih PAS sekali lagi dalam pilihanraya kecil yag akan diadakan pada 4 November depan.










