Ijtimak Tarbwi 3.0 anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang berakhir semalam Ahad 6 Oktober telah berjaya mengumpulkan lebih 5,000 perserta bukan sahaja di kalangan para pemuda, bahkan termasuk dari kalangan peserta pemudi.
Ketua DPPM, Ustaz Nasruddin Hassan berkata, ia melepasi jangkaan kerana pihaknya mensasarkan kehadiran hanyalah seramai 3,000 orang memandangkan kawasan Ijtimak yang agak terhad.
“Alhamdulillah……..program (Ijtimak) berjaya dan melepasi tahap jangkaan kita………..kita target (sasarkan) hanya 3,000 peserta memandangkan lokasi yang terhad tetapi alhamdulillah pendaftaran rasmi sahaja mencecah 4,400 orang, dan kita jangka kehadiran menyeluruh melebihi 5,000 ribu orang.
“tahniah kepada muslimat atau pemudi yang begitu ramai yang melepasi jangkaan kita iaitu hampir 2,000 dari kalangan muslimat,”ujarnya ketika pihak media semalam. [Lihat Video]
Beliau berpuas hati terhadap perjalanan program tarbiyah DPPM itu kerana katanya, secara keseluruhan program tahunan tersebut adalah baik dari pengisiannya yang mencakupi semua aspek.
Menurutnya, ia bukan hanya ‘program sehala’, dimaa para peserta hanya ‘manadah telinga’ tetapi terdapat perbincangan yang terbuka dan dailog yang menerima pandangan para peserta.
“keseluruhan pengisiannya adalah baik dan dilihat dapat mencakupi semua aspek perbincangan dan kita juga membuka ruang dialog dan daripada dialog kita dapat bertukar pandangan dan juga pendapat dengan semua peserta,
“Ijtimak kali ni bukan bersifat satu hala tapi boleh bersifat dua hala,”jelasnya.
Beliau menyifatkan Ijtimak Tarbawi 3.0 yang diadaka di Muar, Johor itu, dapat mengimbangkan antara pengisian fikrah dan spritual kepada para peserta yang datang dari seluruh negara dan pelbagai agensi di bawah DPPM.










