Empat Terbunuh Dalam Himpunan Mingguan Anti Kerajaan ‘Kudeta’ Mesir

905

Kementerian Kesihatan Mesri berkata sekurang-kurangnya empat orang terbunuh di Kaherah semasa perarakan bantahan anti kerajaan Kudeta yang diadakan oleh penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi.

SC20131005-072101Empat puluh orang yang lain cedera pada himpunan dan perarakan mingguan selepas solat Jumaat di seluruh negara itu, apabila para peserta bertembung dengan pihak lawan mereka.

Al Jazeera, melaporkan senjata automatik dilepaskan berhampiran Dataran Tahrir ketika gas pemedih mata adalah ditembak di salah satu jambatan di tengah-tengah Kaherah untuk menghalang mereka mara ke Dataran Tahrir.

Di Iskadariah juga, polis menembak gas pemedih mata untuk menghalang kumpula pro kerajaan Kudeta bertempur dengan penunjuk perasaan anti-rampasan kuasa.

Satu lagi laporan mengatakan bahawa kenderaan tentera melepaskan tembakan peluru hidup ke arah penunjuk perasaan di Kaherah.

SC20131005-072058Tentera Mesir dengan menyekat laluan ke Dataran Tahrir dengan kereta kebal dan kawat berduri ketika penunjuk perasaan melaungkan “jatuh ke bawah dengan (tentera) pembunuh (down….down with murderer)” yang ditujukan kepada ketua tentera Abdel-Fatah el-Sissi.

“Kita akan meneruskan bantahan dan mengambil semua jalan-jalan yang mungkin,” kata Mohammed Said, 45, dalam satu perarakan dari kejiranan Dokki ketika mara ke DataranTahrir. “Kami akan sampai ke Dataran Tahrir pada apa harga sekali pun.”

Satu lagi perhimpunan berakhir di bangunan Kementerian Pertahanan dan yang lainnya di di masjid Raba’a al-Adawiyah di timur Kaherah, di mana kem bantahan pro-Morsi telah ‘digempur ganas’ oleh tetera Mesir pada 14 Ogos lalu.

Kerajaan Kudeta Mesir menyagka dapat melumpuhkan bantahan apabila rejim itu mengangkap dan menahan pemimpin Ikhwan al-Muslimin selepas membunuh ribuan rakyat Mesir sejak menggempur Raba’ah.

Kerajaan sementara yang disokong tentera al-Sisi itu turut mengharamkan Ikhwan sebagai sebuah NGO, namun para pemerhati melihat, bantahan terus meningkat dan Pakatan Anti Rampasan Kuasa masih mampu menggembelingka sokongan.