AS Mungkin Gagal Bayar Hutang

1008

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama memberi ingatan kepada Wall Street, AS mungkin gagal membayar hutang-hutangnya ekoran tindakan Partai Repubikan di parlimen (House of Representative) negara itu.

Pada kelmarin Selasa 1 Oktober, pemerintah AS metutup sementara beberapa agensi negara itu setelah Kongres gagal menyepakati satu bajet baru apabila Republikan dan Demokrat saling menyalahkan kerana kebuntuan tersebut.

Penutupan itu memberi kesan kepada 700, 000 pekerja yang diberikan cuti sementara tanpa tanggungan, termasuk pekerja di taman-taman nasional, tempat pelancongan, dan laman rasmi pemerintah.

Pengarah Pengurusan dan Bajet Rumah Putih, Sylvia Mathews Burwell berkata, penutupan itu dilakukan bagi mengelakkan kegagalan fungsi pentadbiran.

“Kerajaan tidak mempunyai peruntukan cukup. Kini Kongres perlu bertindak segera meluluskan resolusi jangka pendek bagi membolehkan bajet fiskal dari baki tahun ini digunakan,” katanya.

Menurutnya, kelulusan bajet itu penting bagi memulihkan operasi perkhidmatan awam yang sedang kritikal.

Namun, selagi krisis anggaran ini berkecamuk di Washington DC, sebuah potensi -yang bisa lebih berdampak negatif- akan datang pada beberapa pekan mendatang.

Pada 17 Oktober, pemerintah AS akan kehabisan wang untuk membayar pengurusan, kecuali jika jumlah hutang dinaikkan.

Partai Republikan yang menguasai parlimen AS dituduh Obama, dari parti Demokrat, mahu menjadikan cadangan undang-undang Kesihtan Obama ; ‘Obamacare’, sebagai tebusan.

Republikan menuntut sedikit kelongggaran terhadap Obamacare telah diluluskan oleh Senat Amerika, dikuasai Demokrat pada tahun 2010.

Namun Obama dan Demokrat telah menolak bahkan tidak mahu berunding tentang permohonan Republikan.