

Sehubungan dengan itu, katanya, jentera Penerangan disemua peringkat diminta bersedia untuk mengerakkan kempen ini hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno.
“PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno,
“Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan,”jelas Ustaz Idris
Menurutnya, kaum-kaum lain, termasuk kaum Cina, India juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA.
Oleh itu, katanya, PAS menyeru kepada semua Ketua Penerangan PAS supaya berkerja keras untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan dikubu-kubu kuat mereka pada Pilihanraya ke-13 nanti.Insyaallah Lajnah Penerangan Pas Pusat sudah menyiapkan buku kecil yang menjelaskan umno khianat kepada Islam dan Melayu di negara ini.





























