Terengganu, Malaysia

69,000 menjadi pelarian ekoran kiris terbaru Selatan Filipina

2013915502146734_20

Pertempuran sengit antara pihak tentera dengan anggota bersenjata Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) berterusan apabila pihak pemerintah berusaha untuk merebut kembali beberapa kampung-kampung berhampiran bandar Zamboanga dan membebaskan 100 tebusan yang di tangan MNLF.

Krisis terbaru Selatan Filipina sejak minggu lalu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 60 orang maut, 51 dikalangan anggotan MNLF dan selebihnya pihak keselamtan dan orang awam.

_69846235_69846234Setiausaha Kebajikan Sosial Filipina, Corazon Soliman berkata, bilangan orang-orang yang telah melarikan diri ke tempat perlindungan sementara telah meningkat kepada lebih daripada 69,000 pada waktu pagi hari Ahad.

Anngota bersenjata MNLF memasuki kawasan pantai bandar raya pelabuhan itu pada hari Isnin 9 September dan menjadikan berpuluh-puluh orang awam sebagai tebusan dalam usaha MNLF menggagalkan rundingan damai Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (Moro Islamic Liberation Front – MILF).

Pelbagai agensi berita antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya terdapat 180 anggota MLNF memasuki kawasan tersebut, namun jumlah orang awam yang menjadi tebusan tidak diketahui.

Pihak Filipina telah menggerakkan kira-kira 3,000 tentera sepanjang 24 jam selama tempoh sejak krisis bermula bagi menggembpur anggota bersenjata MNLF.

Cubaan gencatan senjata yang diusahakan oleh Timbalan Presiden Filipina Jejomar Binay dengan Nurmisuari gagal dilaksanakan apabila kedua-dua pihak pada hari Sabtu gagal mencapai sebarang persetujuan.

MNLF melancarkan perang gerila selama 25 tahun menuntut kemerdekaan berasingan dengan Filipina sebelum menandatangani perjanjian damai pada tahun 1996 yang memberikan pemerintahan terhad kepada minoriti Islam di selatan negara itu.

Misuari telah menuduh pemerintah Filipina melanggar syarat-syarat perjanjian 1996 apabila merundingkan perjanjian berasingan dengan MILF, menghilangkan diri sekian lama dan muncul semula sejurus sebelum krisis terbaru pada hari Isnin lalu.

Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) adalah di peringkat akhir rundingan damai dengan Manila dan dijangka mengambil alih kawasan yang diperluaskan autonomi Islam di selatan menjelang 2016.

Presiden Benigno Aquino berkata rundingan damai dengan MILF bertujuan menamatkan pemberontakan dekad yang telah meragut 150,000 nyawa di kawasan-kawasan Islam di selatan negara itu.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan