Terengganu, Malaysia

Protes anti ‘Kudeta’ diteruskan, tahanan Morsi dilanjutkan

ptotes diteruskan

Seorang telah meninggal dunia dan dua belas yang lain termasuk empat anggota polis cedera apabila tembakan dilepaskan ketika pertempuran meletus semasa protes di bandar pelabuhan Mesir Iskandariah.

Lapan belas penunjuk perasaan anti-rampasan kuasa (Kudeta) juga telah ditangkap di Iskandariah dan sebelas lagi di bandar Mahalla apabila penyokong dan penentang Presiden Mesir yang digulingkan Presiden Mohamed Morsi, bertempur pada hari Jumaat.

Beribu-ribu orang tidak mempedulikan penguatkuasaan ‘darurat’ turun ke jalan-jalan raya di seluruh Mesir menyatakan bantahan keras terhadap pemerintahan tentera dalam perhimpunan digelar “Kesetiaan kepada Darah Syuhada ‘”, yang mendesak Morsi dikembalikan.

Di bandar industri Mahalla, polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstrasi berhampiran balai polis.

Perhimpunan diadakan hampir sebulan selepas 14 Ogos yang menyaksikan tindakan keras pasukan keselamatan Mesir mengusir rakyat yang membantah di dua kem bantahan pro-Morsi di Kaherah yang membawa kepada pertempuran di mana beribu orang terbunuh.

“Sama ada kita mendapatkan hak-hak mereka, atau kita mati seperti mereka,” penunjuk perasaan di Rabiatul-Adawiyah melaungkan jeritan menunjukkan mereka bersedia mengiringi para pejuang lain yang telah ‘syahid’ ketika berhimpun semalam, Jumaat 13 September

Perikatan Anti-Rampasan kuasa juga telah memanggil satu perhimpunan pada hari Sabtu 14 September (hari ini) untuk menngingati genap sebulan ulang peristiwa di Rabaa.

Sementara itu, selepas Presiden ‘Kudeta’ melanjutkan tempoh darurat seluruh Mesir, pendakwa raya melanjutkan penahanan Morsi yang menghadapi beberapa tuduhan jenayah, termasuk pembunuhan selama 30 hari lagi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan