Terengganu, Malaysia

Pemerintah ‘Kudeta’ Mesir lanjutkan ‘darurat’

Egypt-extends-state-of-emergency-for-two-months

Presiden pemerintah ‘Kudeta’ Mesir Adly Mansur telah melanjutkan perintah darurat ke seluruh negara selama dua bulan lagi dengan memberikan alasan keselamatan.

Penguatkuasaan darurat ‘sebulan’ yang diisytiharkan pada 14 Ogos lalu yang telah memberikan pasukan keselamatan Mesir kuasa yang lebih besar untuk menangkap, akan tamat tempohnya esok 14 September.

Perintah darurat tersebut adalah dibuat selepas tentera dan polis Mesir mengusir keluar ‘denngan ganas’ penyokong Presiden Morsi dari dua perkhemahan di Rabia al-Adawiyah dan an-Nadwah, Kaherah.

Sejak itu, pelbagai keganasan yang dilakukan oleh pemerintah ‘Kudeta’ meragut nyawa ribuan rakyat dan beberapa ribu lagi ditahan dan dipenjarakan.

Semenjak itu, perintah berkurung pada waktu malam juga telah berkuat kuasa dalam banyak negara.

Namun begitu pemeritah Mesir akan membuat keputusan secara berasingan sama ada untuk terus perintah berkurung atau sebaliknya kerana menurut perlembagaan sementara, ‘darurat’ hanya boleh dikenakan selama tiga bulan

Dalam temu bual dengan harian Al- Masry Al-Youm pada Rabu, Hazem el- Beblawi , Perdana Menteri ‘Kudeta’ Mesir berkata, cadangan darurat dilanjutkan selama satu atau dua bulan kerana “keadaan yang semakin tegang “.

Menurutnya langkah “luar biasa” itu perlu digunakan secara minimum, kerana sekiranya melebihi masa tiga bulan, maka ia mesti dikemukakan kepada referendum awam.

El- Beblawi berkata perintah berkurung mungkin akan berkurangan, terutamanya sebelum sekolah dibuka kembali, pada minggu ketiga bulan September.

Perintah berkurung telah turun sebelum ini, mengurangkan dari 11 jam kepada tujuh jam , dalam 11 wilayah.

Pada hari Jumaat , hari yang apabila protes biasanya menarik jumlah sokongan yang lebih besar, perintah berkurung terus dikuatkuasa selama 11 jam.

Pegawai-pegawai kerajaan dan media telah menyatakan kebimbangan tentang langkah melanjutkan ‘darurat’ terutamanya tempoh kembali ke sekolah dan universiti yang semakin hampir – sumber al-Jazeera dan Agensi lain.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan