Al Jazeera akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan yang disokong tentera Mesir terhadap apa yang diakwa rangkaian media itu sebagai “kempen berterusan gangguan dan ugutan” terhadap wartawan di negara tersebut.


Pejabat Al-Jazeera telah diserbu dan ditutup, peralatan dirampas, wartawan dihantar pulang dan isyarat pancaran rangkaian tersebut tersekat oleh isyarat yang datang dari alat yang dipasang oleh tentera Mesir.
Dalam satu kenyataan pada Khamis 12 September, Al Jazeera berkata ia telah mengarahkan peguan Carter-Ruck yang berpangkalan di London peguam, untuk mengambil tindakan di mahkamah antarabangsa dan dibawah piagam Bangsa-Bangsa Bersatu yang melindungi wartawan dan hak mereka untuk melaporkan dari sebarang perkembangan dari Mesir.
“Al Jazeera tidak boleh membenarkan keadaan ini berterusan. Hak wartawan untuk melaporkan secara bebas dalam keadaan seperti ini dilindungi oleh undang-undang antarabangsa dan disahkan oleh Majlis Keselamatan PBB Resolusi 1738 (2006)”kata jurucakapnya.
“Bagaimanapun, rejim baru di Mesir telah mengabaikan hak asasi ini dan seolah-olah menentukan untuk menutup mulut semua kewartawanan bebas dan laporan di negara ini (Mesir), meninggalkan hanya suara media-media sendiri yang dikawal untuk didengar,”kata jurucakapnya.



























