Unit tempur Mujahidah; nekad galas senjata berdepan tentera Bashar

3172

Muka mereka dilindungi oleh topeng hitam, mereka berpakaian celoreng tebal dan memegang kemas senapang kalashnikovs mereka yang dilengkapi dengan pisau ‘bayonet’.

Hanya mata mereka yang kelihatan disebalik wajah para pejuang muda mujahidah Syria.

Dalam kejiranan Salahaldin di bandar Aleppo, mujahidah muda turun berkawal di jalan-jalan bandar itu sebagai salah satu unit tempur saf hadapan, yang mereka panggil diri mereka sebagai “Al Mukminin Aisha”, dinamakan sempena isteri Nabi Muhammad SAW

o-SYRIA-FIGHTERS-570-414439863Ramai daripada mereka adalah remaja atau ibu-ibu kepada anak-anak kecil yang berjuang di bawah panji-panji Briged Al-Tawhid, unit 13-kuat Tentera Pembebasan Syria di bandar terbesar Syria itu.

Seorang darinya adalah bekas pelajar tahun akhir sekilah tinggi berumur 17 tahun, yang memakai cermin mata hitam besar untuk melindungi matanya.

Mereka adalah mujahidah yang gagah berani dan bertempur dengan sengit, yang menuruf seorang pemimpin mereka, matlamatnya adalah untuk menubuhkan sebuah negara khilafah Islamiyah.

Terdapat kira-kira 5,000 wanita Syria yang terlibat sama ada dalam pertempuran atau duduk di saf logistik Tentera Pembebasa Syria, menurut bancian kumpulan hak asasi manusa.

Ketua unit mujahidah Aleppo ini, Ummu Mohammed, adalah seorang ibu kepada empat orang anak dan isteri kepada seorang mujahid Tentera Pembebasan Syria yang bersama-sama berganding baru di saf hadapan berjuang dalam kejiranan Salahaldin.

Beliau memutuskan untuk mengambil perlindungan dengan tangan sendiri dan mengambil ‘senapang’ dengan harapan mempertahankan kejiranan beliau daripada serangan rejim Bashar.

Ummu Mohammed menetapkan kriteria yang ketat untuk menerima ahli baru di dalam unit mujahidah.

Mana-mana ahli baru akan menjadi pejuang bersenjata wanita Islam dari Aleppo mesti memenuhi solat beliau dan semua kewajipan agama lain dan mempunyai akhlak yang baik.

Seorang jurulatih, Abu Deeb, berkata bahawa “La ilaha illa Allah” kalimah yang ada pada setiap dahi para mujahidan adalah simbol komitmen pejuang kepada Islam walaupun beliau Ummu Mohammed banyak menerima kritikan dari unit pejuang Islam lain dalam Tentera Pembebasan Syria, sebagai seorang pejuang wanita.

Salah seorang anggota kumpulan pejuang mujahidah itu juga adalah bekas pelajar universiti.

Beliau nekad nenggalas senjata dan menjadi pejuang mewakili seluruh wanita Syria yang semakin ramai menjadi mangsa kekejaman rejim Syria merogol wanita, sejak peprangan tercetus.

** Artikel asal dari beberapa agensi media antarabangsa, diterjemahkan secara bebas oleh rakan media dari KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN (KAMI) yang akan bersama-sama membawa senjata kamera dan komputer dalam misi ke Syria dalam masa tedekat.