Menurut Ketuanya Fariz Musa, memorandum tersebut diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam Kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kerjaya, Encik Mohd Rizal pada jam 2.40 petang semalam.
Beliau berkata, ketibaan rombongan AMK Terengganu di kompleks tersebut telah disambut dengan berpuluh anggota Cawangan Khas berpakaian preman dan anggota-anggota PGA serta beberapa orang pegawai polis, yang telah siap sedia menunggu.
Fariz berkata memorandum yang disampaikannya semalam bertujuan menyatakan bantahan terhadap keputusan kabinet mengarahkan tiga syarikat asal Genggam Mercu Sdn, Emarcon Sdn Bhd dan Bina Struktur Sdn Bhd, membaik pulih runtuh bumbung Stadium Sultan Zainal Abidin yang runtuh pada 2 Jun lalu.
“Bagaimana mungkin, syarikat-syarikat yang tidak berpengalaman dan telah terbukti gagal itu, diberi tanggungjawab semula oleh Kerajaan untuk membaikpulih
”sedangkan merekalah yang menyebabkan stadium tersebut runtuh,”katanya
Turut hadir bersama adalah Timbalan Ketua, Muzafeq Mohamad, Exco AMK Terengganu, Saado Mohd Nor dan Penasihat AMK Terengganu Chin Fok Chen



























