KUALA TERENGGANU – Yayasan Amal Malaysia (YAM) cawangan Terengganu dengan kerjasama Yayasan Al Ihsan Sudan akan menganjurkan program ibadah qurban dan aqiqah di Kasala Sudan yang menjadi lokasi kem pelarian kepada mangsa pergolakan rakyat di negara Eritrea atau Habsyah.


“InsyaAllah, kita akan melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah di tempat yang lebih memerlukan iaitu di Kasala Sudan yang mempunyai Kem Pelarian yang di duduki oleh rakyat dari Eritrea/ Habsyah, dianggarkan puluhan ribu pelarian berada di sana,
“orang ramai dijemput bersama-sama misi kami dengan menyertai ibadah qurban dan aqiqah dengan sebahagian lembu sebanyak RM300 dan seekor kambing dengan harga RM400,”ujarnya.
Menurutnya, selain di Sudan Yayasan Amal Malaysia menganjurkan program seumpamanya di peringkat antarabangsa dan pada tahun ini adalah tahun ke lima Yayasan Amal Terengganu menganjurkan program tersebut.
“pada tahun-tahun sebelum ini, Yayasan Amal Terengganu telah menganjurkan program qurban dan aqiqah di Mindanao, Filipina, tetapi pada tahun ini diputuskan untuk mengadakannya di Kassala, Sudan,
“selain itu, Yayasan Amal Malaysia turut menganjurkan di negara-negara lain dan juga di Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak, dengan tujuan membantu mereka yang lebih memerlukannya,”jelasnya
Menurutnya, seramai sebelas orang delegasi YAM Terengganu akan berlepas ke Khortoum Sudan pada hari Jumaat 11 Oktober depan.
Oleh itu, katanya, orang ramai yang berminat untuk menyertai program qurban dan aqiqah dapat meghubungi beliau atau Pegawai Kewangan Program, Ustaz Mohd Soud Said, sebelum tarikh tersebut.





























