Terengganu, Malaysia

PBB gesa “siasatan penuh” ke atas kematian 37 tahanan Ikhwan Mesir

Supporters of deposed Egyptian president Mohamed Mursi, lie on the ground with their hands secured behind them, after being detained by riot police in Rabaa Adawiya square in Cairo

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon telah menggesa supaya satu “siasatan penuh” dilakukan ke atas kematian 37 banduan dalam tahanan polis di Mesir, manakala AS menyuarakan kebimbangan yang mendalam ke atas kematian tersebut.

Jurucakap Ban, Martin Nesirky berkata, ketua PBB itu “amat terganggu dengan kematian yang dilaporkan” ketika tahanan dipindahkan ke penjara yang berbeza di Kaherah.

Ban Ki-moon“Dia menyeru siasatan penuh untuk menentukan fakta-fakta sekitar kejadian itu,” kata Nesirky.

Pihak berkuasa berkata, 37 tahanan meninggal dunia selepas polis melepaskan gas pemedih mata dalam usaha untuk membebaskan pegawai tebusan oleh banduan, apabila tahanan dipindahkan ke penjara Abu Zaabal berhampiran Kaherah.

Tetapi Perikatan Anti-Rampasan kuasa (Anti-Coup Alliance), termasuk Ikhwan Muslimin mendakwa polis bertanggungjawab penuh atas kejadian tersebut dan menuduh polis membunuh tahanan terbabit.

Perikatan telah menuntut siasatan rasmi ke atas kematian tersebut yang sangat-sangat dipertikaikan kerana penjelasan yang berbeza telah muncul ketika pihak berkuasa Mesir menjelaskan kematian tahanan itu.

Foto ditunjukkan oleh para peguam mewakili tahanan menunjukkan bahagian muka mayat tahanan tersebut terbakar hangus dan anggota-angota badan lain dipenuhi dengan lebam, tanda penyeksaan telah dilakukan ke atas mereka.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat menyifatkan kematian tahanan dalam kawalan polis itu adalah satu kematian “mencurigakan”.

“Kami … amat terganggudengan kematian yang mencurigakan yang berlaku ke atas tahanan Ikhwan Muslimin di penjara yang didakwa cuba melarikan diri (dari tahanan dari penjara) berhampiran Kaherah,” kata jurucakap Jabatan Negara Jen Psaki kepada pemberita.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan