Rakyat Malaysia hari ini Sabtu 17 Ogos, berhimpun secara aman, mendengar pidato, mengadakan solat hajat dan munajat menyatakan kebersamaan dengan rakyat Mesir serta mengutuk kekejaman dan keganasan kerajaan ‘Kudeta’ Mesir menzalimi rakyat sendiri.
Himpunan yang dianjurkan oleh Pemuda Pas itu turut disertai oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyeru kerajaan menyatakan pendirian tegasnya di atas pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang bersabung nyawa menuntut demokrasi dikembalikan.
Himpunan Munajat Perdana 100k itu dimulakan dengan solat Asr beramai-ramai di lokasi himpunan, di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Antara pemimpin yang hadir adalah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Solahuddin Ayob dan AJK PAS Pusat Datuk Ustaz Abu Bakar Chik
Para peserta membantah kekejaman tentera Mesir semakin ramai membanjiri Padang Merbok sekitar jam 6 petang sambil mendengar pidato yang disampaikan oleh para pimimpin
Antara yang berucap adalah Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu dan ADUN Meranti Datuk Ustaz Nasaruddin Daud dan Ketua Pemuda PAS Ustaz nasruddin Hassan [Lihat Video]
Turut sama menyertai himpunan ttersebut adalah rakyat Mesir yang berada di negara ini.
Peserta melaungkan kata-kata yang mengutuk pemerintah tentera dan kudeta Mesir serta memaparkan kain-kain rentang dan kad-kad yang berbunyi ‘hidup rakyat, hancur Sisi’.










