Terengganu, Malaysia

Pertempuran baru meletus apabila penyokong pemerintah tentera membaling batu

new clash egypt1

Pertempuran meletus di tengah-tengah kota Kaherah apabila penyokong presiden yang digulingkan dengan rampasan Mohamed Morsi diserang kerana mereka berarak ke kementerian dalam negeri.

Saksi berkata, para penyokong kerajaan tentera pimpinan al-Sisi dilaporkan telah melemparkan batu dan botol kepada peserta perarakan menyokong Morsi pada Selasa 13 Ogos.

Polis kemudiannya telah melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

new clash egyptAl-Jazeera melaporkan, penyokong Morsi telah mengambil membantah dan berarak menuju bangunan-bangunan utama kerajaan pemerintah Mesir di tengah-tengah ibu kota Kaherah.

“Terdapat sekurang-kurangnya tiga pergelutan di tiga lokasi yang berbeza antara kumpulan penunjuk perasaan pro dan kontra selepas penyokong Morsi mengelilingi beberapa bangunan kerajaan. Mereka telah membaling botol dan batu antara satu sama lain,” kata saksi.

Ikhwan Muslimin berkata polis Mesir berpakaian biasa telah melepaskan tembakan dengan peluru hidup di salah satu perarakan di Kaherah, mencederakan lima orang penunjuk perasaan.

Satu sumber keselamatan berkata, tujuh penunjuk perasaan telah cedera tetapi menambah tidak jelas piahk mana yang telah melepaskan tembakan.

Beberapa ribu penunjuk perasaan pro-Morsi telah mengambil bahagian dalam perarakan apabila pergelutan bermula.

Agensi berita Reuters melaporkan, beberapa penyokong pemerintah tetera mengejek penunjuk perasaan, memanggil mereka pengganas dan mengatakan mereka tidak dialu-alukan sebelum melontar batu ke arah mereka manakala penyokong Morsi juga bertindak balas dengan membaling batu.

Wanita dan kanak-kanak melarikan diri tempat kejadian dalam keadaan panik, dan dua orang lelaki yang memegang tampuk parang dilihat mengejar perbarisan.

Sementara itu, menurut hospital lapangan di Rabaa al-Adaweya, sepuluh orang cedera dalam pertempuran di hadapan kementerian wakaf antara penduduk tempatan dan ulama pro-Morsi bekerja di kementerian itu.

Manakala seramai 12 penyokong Morsi telah ditahan semasa pertempuran di kementerian berkenaan. Mereka dituduh cuba untuk memecah masuk ke dalam bangunan dan menyerang keselamatan kementerian dan kakitangan kerajaan.

Penyokong Morsi juga membantah di hadapan beberapa kementerian termasuk kementerian buruh dan elektrik.

Penyokong presiden digulingkan itu telah dipanggil untuk demonstrasi yang lebih besar pada hari Selasa.

Perikatan Anti Rampasan Kuasa dan Kesahihan Perlembagaan Mesir (Anti-Coup, Pro-Legitimacy National Alliance) yang menyokong Morsi, telah menyeru orang ramai untuk “demonstrasi berjuta-juta orang” selepas badan kehakiman pada Isnin memutuskan, melanjutkan tahanan selama 15 hari lagi ke atas Morsi.

Himpunan menentang kerajaan tentera berterusan walaupun ancaman dibuat untuk menyuraikan dua kem himpunan di Kaherah, di mana beribu-ribu penunjuk perasaan pro-Morsi telah berkhemah selama lebih sebulan.

Sumber keselamata Mesir menagguhkan tindakan menyuraikan kem-kem tersebut kerana bimbang pertumpahan darah terjadi selain kebimbangan masyarakat antarabangsa yang meningkat.

Para penunjuk perasaan menyeru supaya Morsi yang telah dipilih secara sah melalui proses demokrasi, diisytiharkan semula sebagai Presiden Mesir.

Beliau yang merupakan Presiden orang awam yang pertama bagi negara Mesir digulingkan oleh tentera pada 3 Julai dan kini ditahan di lokasi yang tidak didedahkan.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan