Terengganu, Malaysia

Tentera Mesir tangguh suraikan kem himpunan

M23591105

Pihak berkuasa Mesir telah menangguhkan langkah untuk menyuraikan dua kem himpunan penentang rampasan kuasa dan penyokong kesasihan perlembagaan bagi “mengelakkan pertumpahan darah,” kata sumber keselamatan dan menyebut sebagai tahanan Morsi telah dipanjangkan dengan 15 hari.

Keputusan untuk tidak menyuraikan himpunan tersebut pada hari Isnin kerana terdapat beberapa kebocoran maklumat kepada media mengenai kemungkinan campur tangan pasukan tentera dan kerana lebih ramai kumpulan yang lebih besar mula bersama-sama menghadiri himpunan menuntut perlantikan semula Morsi itu.

“Satu sumber keselamatan berkata dengan bilangan peserta himpunan meningkat, angkatan tentera mengambil keputusan untuk tidak bergerak ke arah kem ini (itu)”

“Penyuraia ini tidak berlaku dikatakan bukan kerana tekanan antarabangsa. Sekarang apa yang pasukan keselamatan melakukan pada dasarnya mengukur setiap langkah mereka,”kata wartawan al-Jazeera

kem potes rampasan kuasaSementara himpunan protes terus berlagsung, Perdana Menteri pemerintah sementara Mesir Hazem el-Beblawi, Menteri Dalam Negeri Mohamed Ibrahim dan Menteri Pertahanan Abdel Fattah al-Sisi bertemu dengan Presiden sementara, Adly Mansour.

Laporan juga menyatakan, mesyuarat berterusan pemimpin pemerintah sementara itu mungkin memberi tumpuan kepada tiga isu utama dalam agenda politik; rancangan untuk menyuraikan kem-kem himpunan, krisis di semenanjung Sinai, dan penggantian 17 gabenor yang dilantik oleh Morsi.

Dalam pada pasukan keselamatan Mesir telah bersedia untuk mengepung peserta dan penyokong Perikatan Anti Rampasan Kuasa dan Kesahihan Perlembagaan Mesir (Anti-Coup, Pro-Legitimacy National Alliance), sebaliknya peserta himpunan telah bersiap sedia menghadapi tindakan keras pihak keselamatan.

Sebahagian daripada mereka meningkatkan penyertaan, bersama-sama menyertai perarakan menuju ke Rabaa al-Adawiya, lapor salah satu laman web utma protes kepada tindakan rampasan kuasa tetera Mesir yang menggulingkan Presiden Morsi pada 3 Julai lalu.

Tahanan Morsi dilanjutkan

Sementara itu, badan kehakiman Mesir berkata ia melanjutkan tahanan Morsi untuk lagi 15 hari sementara menunggu siasatan kerjasama dengan gerakan Hamas Palestin.

Hakim Hassan Samir yang mengendalikan penyiasatan terhadap Morsi, memperbaharui tempoh tahanan beliau yang disiasat bersubahat dengan Hamas untuk memecah masuk ke dalam penjara dan menyerang institusi kerajaan pada 25 Januari ketika pemberontakan menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak.

Morsi, digulingkan oleh tentera pada 3 Julai, telah diletakkan dalam tahanan pada 26 Julai atas hubungannya dengan gerakan Hamas Palestin yang memerintah Semenanjung Gaza.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan