Tentera Mesir Mungkin Bertindak Pada Pagi Isnin

944

Pasukan keselamatan Mesir dilaporkan bersedia untuk mengepung penyokong Perikatan Anti Rampasan Kuasa dan Kesahihan Perlembagaan Mesir (Anti-Coup, Pro-Legitimacy National Alliance) yang berkumpul di kem-kem protes Kaherah.

Sumber keselamatan memberitahu Al Jazeera bahawa polis akan melancarkan tindakan terhadap penunjuk perasaan awal pada hari Isnin.

Bagaimana pun, sumber media menyebut,  tindakan polis itu tidak akan menjadi serangan skala penuh dan hanya akan menjadi satu pengepungan yang sangat komprehensif perkhemahan untuk cuba menguncupkan bilangan peserta.

Anggota keselamatan dilaporkan akan membiarkan orang-orang keluar dari kepungan, tetapi mereka tidak akan membenarkan individu lain dan bekalan penting kembali masuk kedalam kumpulan yang telah berhimpun sejak 3 Julai lalau, apabila Presiden Morsi digulingkan.

RabaaSatu sumber kanan keselamatan menyatakan, bahawa keputusan untuk mengambil tindakan dibuat selepas mesyuarat antara Menteri Dalam Negeri dan pembantu beliau.

“Pasukan keselamatan Mesir akan ditempatkan di sekitar tempat berhimpun pada waktu subuh sebagai permulaan prosedur yang akhirnya akan membawa kepada pembubaran himpunan,” kata satu lagi sumber kepada Reuters.

Pegawai memberitahu agensi berita AP bahawa mereka telah bersedia untuk menghadapi sebarang pertempuran yang mungkin tercetus.

Kem-kem himpunan ‘pro-Morsi’ adalah fokus utama dalam konfrontasi antara penyokong Morsi yang digulingkan oleh tentera dan menuntut Morsi di isytiharkan semula sebagai Presiden.

Beribu-ribu bangkit pada hari Ahad 11 Ogos, untuk menuntut semula Morsi sebagai Presiden, di tengah-tengah usaha terakhir, tawar menawar untuk perdamaian dan berhadapan dengan ancaman tindakan keras.

Satu konvoi besar kereta membawa gambar presiden digulingkan membunyikan ‘hon’ mereka apabila mereka memandu melalui kawasan kejiranan di timur Kaherah.

Beratus-ratus wanita berarak di tengah-tengah Kaherah membantah dan memaki ketua tentera Abdel Fattah al-Sisi, mereka menjerit: “Sisi adalah pengkhianat, Sisi adalah pembunuh.”

Menduduki Medan Tahrir

Pengikut setia Morsi dengan tegas telah berkata, tidak apa yang boleh menyuraikan mereka kecuali Morsi kembali diisytiharkan sebagai Presiden Mesir, walaupun beberapa amaran oleh pemimpin-pemimpin pemerintah interim Mesir bahawa kem-kem himpunan akan dibongkar selepas cuti Eid al-Fitr.

Laporan dari dekat Rabaa masjid al-Adawiya menyatakan, pusat media pro-Morsi telah menghantar mesej teks mengumumkan rancangan untuk menduduki Medan Tahrir, sekiranya pihak keselamatan encancam kem-kem sedia ada.

Mesej yang disebarkan lewat semalam berbunyi “Pemuda Anti Rampasan Kuasa mengeluarkan kenyataan selepas mesyuarat mereka hari ini menyatakan bahawa selepas ancaman keselamatan terhadap himpunan di Rabaa dan Nahda dan selepas kami telah mengambil segala langkah perlu dan berjaga-jaga, kita bersedia sepenuhnya dan dalam kes himpunan yang dipecahkan , SEMUA belia yang tidak berada dalam himpunan (di Rabaa dan Nahda) akan bergerak untuk menduduki Medan Tahrir,”

Dalam tanda ketegangan meningkat, bekalan elektrik telah dipotong semalam di pusat jimpunan di luar Rabaa masjid al-Adawiya membawa ‘panik’ di kalangan penunjuk perasaan pro-Morsi, dan beberapa pihak telah menulis dalam media sosial, mengumumkan bahawa serangan telah bermula.

Gabungan utama penyokong Morsi, Perikatan Anti Rampasan Kuasa dan Kesahihan Perlembagaan Mesir (Anti-Coup, Pro-Legitimacy National Alliance), berkata 10 perarakan akan diadakan di beberapa tempat di ibu negara pada Ahad “untuk mempertahankan kesahihan pilihan raya” presiden pertama Mesir dipilih secara bebas . – sumber al-Jazeera