Terengganu, Malaysia

Pemain Bola baling Dituduh Rogol Pegawai

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/upmmasuk.jpg

Adib Adha Ismail, 18 tahun; Megat Farzeril Faiz Megat Razali dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, masing-masing 19 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang pengiring berumur 20 tahun

Hakim Mahkamah Sesyen, Cik Yasmin Abdul Razak, telah membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 ($4,100) setiap seorang selepas menetapkan tarikh kes itu.

Ketiga-tiga mereka didakwa merogol secara bergilir pegawai wanita berkenaan di sebuah bilik di Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, pada kira-kira 4.10 pagi, 4 Julai lalu.

Kes tersebut telah mengejutkan masyarakat sukan negara itu dan mencetuskan kemarahan awam, dengan para pegawai meminta agar yang tertuduh dikenakan hukuman keras jika sabit kesalahan kelak.

Mangsa adalah seorang pegawai perhubungan pasukan bola baling wanita Wilayah Persekutuan dalam acara sukan antara negeri di Malaysia itu.

Mangsa dikatakan keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari tersebut, dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama pemain sebelum kejadian rogol berlaku.

Timbalan pendakwa raya, Encik Tan Gin Han, berkata pihak mahkamah telah menetapkan 20 Ogos ini untuk mengumumkan tarikh perbicaraan kes itu.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan