Ahli Parlimen Ikhwan Mohamed Mohamed Ibrahim El-Beltagy, menyifatkan tembakan oleh pihak polis ketika solat subuh selepas polis menyerbu, sebagai satu “pembunuhan beramai-ramai”.
Kementerian Kesihatan Mesir berkata, 435 orang cedera dalam serangan itu.
Seorang doktor memberitahu Al Jazeera bahawa “majoriti cedera mempunyai luka tembakan di kepala.”
Gehad Haddad, jurucakap Ikhwan Muslimin berkata, pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan menuntut Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Morsi dilantik semula kerana rampasan kuasa tentera adalah elanggar undang-undang.
Menurutnya, penunjuk perasaan ditembak semasa duduk di berhampiran ibu pejabat Pengawal Republikan di Kaherah.
“Kami mempunyai orang dipukul di kepala, kita mempunyai peluru yang meletup apabila ia memasuki badan, ‘mengoyak-ngoyak’ organ-organ dan bahagian badan” kata Haddad.
S
ebaliknya pihak tentera menafikan, dan mendakwa ia adalah angkara “kumpulan pengganas” yang tidak bertanggungjawab, sambil menambah bahawa dua pegawainya juga telah dibunuh.
Jurucakap tentera Ahmed Ali menyalahkan keganasan ke atas penunjuk perasaan yang menyerang ibu pejabat Pengawal Republikan dan bertindak menembak adalah mempertahankan diri terhadap lelaki bersenjata menyerang mereka dari pelbagai lokasi, termasuk bumbung .
Pihak tentera juga mengeluarkan rakaman apa yang digambarkan sebagai serangan oleh penyokong Morsi di bangunan Pengawal Republikan di Kaherah.
Geha Haddad berkata Ikhwan menolak rakaman itu sebagai rekaan semata-mata dan “cerita remeh Hollywood”.









