Dijangka satu dekri atau keputusan besar akan dibuat.
Sementara kenyataan dari Majlis Tentera pula disambut gembira oleh penentang Mursi di Tahrir dan dataran seluruh negara. Tentera memberikan tempoh 48 jam kepada semua pihak untuk menyelesaikan krisis yang berlarutan ini. Jika berakhir tempoh 48 jam ini (iaitu yang berakhir pada hari Rabu 3 Julai) maka menjadi kewajipan tentera untuk menyelesaikannya.
Secara yang tersuratnya maka kenyataan tentera ini memberi amaran kepada kerajaan untuk menyahut tuntutan “rakyat”. Dalam kenyataan tersebut meminta agar “tuntutan rakyat” diterima.
Persoalan yang belum terjawab yang mempunyai membawa tafsiran pelbagai iaitu:
1) Siapakah yang dimaksudkan dengan “tuntutan rakyat”? Apakah yang dimaksudkan dengan “tuntutan” itu? Hari ini semua pihak bercakap atas nama “rakyat”. Sudah tiada lagi istilah “pembangkang” atau “kerajaan”. Semuanya berkata “rakyat mahukan…”. Jika yang dimaksudkan oleh tentera itu rakyat yang berada di Tahrir dan mereka yang anti-Mursi maka desakan tentera itu ditujukan kepada Presiden dan kerajaan agar menerima tuntutan mereka iaitu Mursi perlu berundur dan Pilihanraya Presiden baru perlu segera diadakan.
Adapun jika “tuntutan rakyat” yang dimaksudkan tentera itu ialah di dataran Raba’ah dan penyokong Mursi maka kewajipan kepada pembangkang untuk menerima keputusan rakyat yang dibuat setahun lalu apabila memilih Mursi sebagai Presiden.
2) Apakah agaknya tindakan tentera jika 48 jam tempoh yang diberikan tidak membuahkan hasil? Yang pasti, “Tamarrud” telah mengumumkan akan terus berada di Tahrir sehingga tempoh 48 jam berakhir. Manakala parti Wasat (aliran Islam) melontarkan cadangan agar semua parti kembali ke meja rundingan segera! Mustahil “Tamarrud” akan berunding.
Kenyataan susulan dari Majlis Tentera dikeluarkan oleh Kolonel Ahmed Muhammed Ali [gambar], jurucakap rasmi Majlis Tentera sebentar tadi bahawa:
1) Majlis Tentera akan bersama-sama dengan kehendak rakyat dan dakwaan bahawa “Majlis Tentera akan membuat rampasan kuasa” tidak timbul sama sekali.
2) Bahawa tentera tidak akan terlibat dengan politik atau pemerintah kerana ia telah keluar dari garis yang ditetapkan oleh rakyat (dalam perlembagaan).
*** Catatan Laman Sosial Abdul Malik, Mahasiswa Malaysia dan Aktivis di Mesir









