Terengganu, Malaysia

Serangan dan Letupan Bom Berterusan Ragui Perjanjian Selatan Thailand

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/bom%20selatan%20thailand.jpg

Thailand diwakili oleh Lt.Jen. Setiausaha Agong Majlis keselamatan Thailand Pharadorn Phatthanatabutr, manakala kumpulan Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) diwakili oleh Ketua Perhubungan Ustaz Hassan Taib

Pemerhati melihat, pemeteraian perjanjian itu sebagai satu era yang penting dalam sebuah konflik ketenteraan dan politik yang berlanjutan sejak beberapa ratus tahun yang lalu dan memuncak sejak 9 tahun apabila tercetusnya pergolakan di selatan Thai/ Patani.

Namun begitu, beberapa siri serangan dan letupan bom yang berlaku selepas persetujuan tersebut menimbulkan persoalan baru yang belum terjawab tentang perjanjian yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia itu.

Ahad lalu, 23 Jun, dilaporkan pelbagai sumber media, sebuah bom buatan sendiri seberat 20 kilogram yang disembunyikan di dalam paip di bawah jalan raya tempatan di Tambon Bor Thong, telah meledak pada kira-kira jam 11 pagi.

Letupan kuat yang menghasilkan lubang besar telah menyebabkan Major Itthipol Khammongkol  dari tentera pasukan tugas khas ‘santisuk’ terbunuh, manakala lima anggota lain cedera.

Bom tersebut meletup dan memusnahkan ‘trak pikap’ tentera Thailand itu selepas kembali dari mesyuarat Keselamatan Operasi Perintah Wilayah 4 Front di Kem Sirindhorn di daerah Yarang Pattani

Sehingga kini, tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab termasuk Kumpulan BRN.

Kerajaan Thailand dilaporkan ‘mundur sedikit’ dari semangat perjanjian yang ditandatangani, apabila menolak beberapa tuntutan yang dibuat oleh pihak BRN dan  membidas pihak BRN sendiri supaya menghentikan semua pergerakan ketenteraan oleh semua pihak yang berjuang di Selatan Thailand.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan