Para pembantah telah bertempur dengan pihak polis sedang perlawanan bola sepak Piala Konfederasi diadakan, awal pagi kelmarin.
Langkah pihak berkuasa di Sao Paulo dan Rio de Jeneiro itu menandakan kemenangan besar bagi para pembantah, yang berhimpun dalam protes-protes yag disifatkan sebagai paling besar pernah berlaku di Brazil sejak dua dekad lalu dan membangkitkan perbandingan dengan peristiwa ‘Arab Spring” dan pergolakan di Turkey.
Protes-protes itu tercetus ekoran langkah pihak berkuasa di sana yang merancang menaikkan tambang pengangkutan awam itu. Bantahan semakin membesar akibat kemarahan rakyat terhadap perbelanjaan besar pihak pemerintah bagi pertandingan bola sepak Piala Konfederasi dan Piala Dunia, yang dibidas pengkritik sebagai satu pembaziran dan menjejas program sosial negara itu.


Datuk Bandar Rio de Jeneiro, Eduardo Paes, pula berkata tambang perkhidmatan bas di bandar itu akan dikembalikan kepada AS$1.24 daripada AS$1.33.
Pihak berkuasa beberapa bandar lain di Brazil, termasuk Porto Alegre dan Recife, telah pun membatalkan rancangan kenaikan tambang masing-masing.
Kenaikan kadar tambang perkhidmatan itu mungkin kelihatan sederhana tetapi para penduduk Brazil, khususnya dalam kalangan golongan misikin, melihatnya sebagai bebanan besar dalam negara yang hanya mempunyai paras gaji minimum sebanyak AS$306 sebulan.
Gelombang pergolakan itu bermula sejak dua minggu lalu di Sao Paulo dan merebak dengan cepatnya ke beberapa bandar lain, sebaik sahaja negara itu memulakan pertandingan Piala Konfederasi, sebagai persiapan awal kepada pertandingan Piala Dunia, tahun depan.


Namun, para pembantah – termasuk ramai golongan muda yang berasa mereka telah dipinggirkan dalam pertumbuhan ekonomi itu – menuduh pemerintah negara tersebut mengabaikan program kesihatan dan pendidikannya sedang ia menyalurkan dananya kepada stadium-stadium sukan.
Di Fortaleza, di stadium pasukan bola sepak Brazil mengalahkan Mexico 2-0 dalam perlawanan Piala Konfederasi semalam, sesetengah daripada sekitar 10,000 pembantah membaling batu ke arah pasukan keselamatan, yang kemudian bertindak balas dengan menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah. – AFP.



























