Skandal Rasuah Daging Lembu Indon; Model Antara 45 Wanita Terbabit

1090
http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/maharani%20tertangkap.jpg

kepada lebih 45 wanita termasuk seorang pelajar sekolah menengah dan beberapa selebriti.

“Kami akan menganalisis laporan berkenaan terlebih dulu,” kata timbalan pengerusi KPK, Encik Zulkarnain.

Sekumpulan wartawan dilaporkan menerima satu senarai yang diserahkan oleh Pusat Analisis dan Laporan Pemindahan Kewangan (PPATK) kepada KPK kelmarin.

Fathanah, pembantu rapat kepada pengerusi Parti Keadilan dan Kesejahteraan (PKS), Encik Luthfi Hasan Ishaaq, ditahan kerana didakwa menerima rasuah bernilai 1 bilion rupiah bagi pihak Encik Luthfi untuk mendapatkan kontrak import daging lembu pemerintah.

Skandal itu mula terdedah apabila Fathanah ditahan di sebuah bilik hotel pada Januari lalu, dengan seorang pelajar universiti, Cik Maharany Suciyono [gambar kanan], yang kemudian mengaku dibayar sejumlah 10 juta rupiah untuk tidur bersama tertuduh.

Fathanah juga didakwa melakukan pengubahan wang, dengan memberikan hadiah mewah dan wang berjumlah sehingga 2 bilion rupiah kepada lebih 45 wanita sejak 2005, lapor Jakarta Globe.

Wang terbabit dipercayai diterima sebagai pertukaran menjadi orang tengah dalam urusan antara syarikat pengimport daging lembu, Indoguna Utama, dengan Kementerian Pertanian.

Pemindahan terbesar dalam senarai KPK ialah antara 2005 dengan 2013 iaitu sebanyak 2 bilion rupiah kepada seorang wanita bernama Elsya Putri Adiyanti, kini berusia 20 tahun, ketika beliau masih menjadi seorang pelajar sekolah menengah sekitar dua tahun lalu.

Seorang lagi wanita yang menerima jumlah besar wang adalah Lindi Silviana Indrastuti, seorang doktor dan juga isteri kepada ahli PKS, Encik Ahmad Zaki.

Beliau menerima 1.025 bilion rupiah.

Seorang pelakon televisyen, Novia Ardhana, juga tersenarai menerima 128.5 juta rupiah sementara aktres, Kiki Amalia, menerima 7.5 juta rupiah.

Bagaimanapun, beberapa wanita yang sudah memulangkan barangan atau wang yang diterima mereka daripada Fathanah kepada KPK tidak disenaraikan.

Antaranya ialah model majalah dewasa, Vitalia Shesya, juga mengaku menerima sebentuk cincin berlian bernilai 90 juta rupiah. Beliau turut dilaporkan telah memulangkan kereta Honda Jazz kepada suruhanjaya terbabit. – Agensi.