PRU-13; Presiden Harap PAS Perintah Terengganu

848
http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/hadi%20awang%20poll%20day.jpg

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS berharap pilihanraya dapat dijalan dengan baik, telus dan adil.

“InsyaAllah…..InsyaAllah, kita harap satu perubahan……kita dah bekerja……… kita harap pilihanraya ini dilaksanakan dengan cara yang baik, adil dan bersih itu yang kita harapkan…..kita tunggulah (sehingga) petang nanti,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Rusila, dekat sini, pada kira-kira jam 8.15 pagi. [Lihat Video]

Menurutnya, suasana mengundi yang bermula dengan tenang dapat diteruskan sehingga tamat tempoh, pada petang ini.

Beliau bersetuju dengan cadangan seorang wartawan, dan mengharapkan PAS Terengganu dapat menang dan mengulangi kegemilangan kejayaan yang diperolehi pada tahun.

“dan kita mengharapkan seterus (berjalan dengan tenang) dan berakhir dengan tenang, sekurang-kurangnya menang dengan sokongan golongan muda, golongan bukan Islam (dan semua) rakyat yang mengundi kita dulu, termasuklah perubahan (pengundi) pada Barisan Nasional,”,”jelasnya.