Terengganu, Malaysia

Ratusan Ribu Rakyat BangladeshTuntut Perlaksanaan Undang-undang Anti Murtad

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/bangla%20protes.jpg

Penganjur protes menggelar perhimpunan Sabtu lalu sebagai “perarakan panjang”, dengan pelbagai perjalanan dari kampung-kampung terpencil ke ibu negara, kawasan Motijheel di Dhaka telah menjadi lautan dibanjiri manusia berkopiah putih dan jubah.

Penyokong Hefazat-e-Islam, sebuah kumpulan Islam yang menarik sokongan dari puluhan ribu kumpulan agama, tertumpu pada pusat perdagangan utama Dhaka untuk membantah apa yang mereka katakan adalah tulisan menghina oleh seorang blogger ateis.

Mereka melaungkan kalimah “Allah Maha besar…….gantung blogger ateis”.

“Saya datang ke sini untuk berjuang untuk Islam. Kami tidak akan membenarkan mana-mana penulis blog untuk menghina agama kita dan Nabi Muhammad yang kita cintai,”kata Shahidul Islam, seorang imam di sebuah masjid di luar Dhaka yang telah berjalan 20km.

Himpunan kumpulan agama itu, mendapat sokongan daripada parti terbesar di negara tersebut, Jamaat-e-Islami, yang turut sama berhimpun bagi menyokong tuntutan 13 perkara termasuk perlaksanaan enakmen undang-undang anti murtad dan menghukum blogger ateis.

Mereka mencabar mogok yang dilakukan oleh penyokong kerajaan peringkat kebangsaan dianjurkan oleh penunjuk perasaan sekular – yang mengadakan protes kecil saingan di Dhaka, bertujuan untuk menumpaskan perarakan Islam itu.

“Kira-kira 200,000 orang menghadiri perhimpunan tersebut,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Dhaka Sheikh Nazmul Alam kepada agensi berita AFP, manakala penganjur protes meletakkan jumlah lebih setengah juta orang. -sumber AJE

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan